Isteri Harris Annuar, Asha Merican mengidam mahu bermain lato-lato dan bau simen semasa sarat mengandung anak sulung mereka. Kata Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 30, sewaktu di awal kehamilan, Asha mempunyai alahan tidak boleh mendengar seseorang menyanyikan lagu Melayu.
“Mungkin ada yang tak tahu masa majlis persandingan saya... bila buat sebelah perempuan waktu tu isteri saya dah mengandung tiga bulan. “Semasa tengah bersanding atas pelamin kalau isteri saya dengar orang nyanyi lagu Melayu dia akan muntah sebab alahan. “Jadi dia terpaksa lari pergi ke tandas semata-mata untuk muntah dan saya terpaksa tinggal atas pelamin tu seorang diri,” katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT