CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Trend Artis Dan Influencer Pergi Makkah- Bukan Nak Beribadah Sangat, Nak Photoshoot Produk Dan Buat Content Je

1-3-2023 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1884| Komen: 14

Agamawan, Dr. Kamilin Jamilin tampil menyuarakan keresahan mengenai trend umrah yang agak merisaukan ketika ini.

Beliau melalui satu perkongsian di TikTok berkata, akhir-akhir ini dilihat ramai pempengaruh mahupun selebriti suka memuat naik kandungan ataupun ‘content’ di media sosial mereka apabila berada di tanah suci.


Katanya, trend tersebut menunjukkan seolah-olah ramai kini pergi ke Mekah dan Madinah sekadar pergi melancong sahaja.


Gambar Hiasan

“Risau lihat trend orang sekarang pergi Umrah, bukan semua tetapi boleh katakan ramai di media sosial ini. Dulu-dulu sebelum munculnya media sosial yang pelbagai ini dan pempengaruh yang terkenal, orang kalau dapat pergi Mekah dan Madinah ini satu benda besar.

“Pergi Mekah dan Madinah ini jadi medan keinsafan pada kita, kita betul-betul terasa keagungan Allah dan kemuliaan tanah suci. Ramai bila pergi ke sana jadi bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik.


“Tetapi, sekarang pergi ke sana seperti tiada apa-apa, yang ke sana, balik begitu juga,” katanya.

Katanya, ada juga sebahagian individu yang sibuk mengemas kini media sosial apabila berada di sana, malah ada juga yang menggunakan peluang itu untuk mempromosikan produk mereka.

“Banyaklah kini yang kita boleh nampak nak bagi produk barakah, ambillah gambar yang berlatar belakangkan Kaabah.

“Pergi Mekah dan Madinah ini macam sekadar pergi melancong saja bukan nak buat ibadah sangat, ada duit pergi, seronok-seronok, menunjuk sana sini, cari populariti, cari duniawi, hilang rasa keagungan Allah dalam hati,” ujarnya.

Katanya, perbuatan itu membimbangkan kerana ke’izzahan dua tanah suci itu seperti sudah tiada dan ibadah haji serta umrah yang besar itu kini menjadi sekadar tentatif atau ‘content’ bagi menarik tontonan sahaja. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-3-2023 03:56 PM
Zaman skang dah tak tau mana yang betul2 baik, mana yang acah2 baik
Quote sangbara2020 1-3-2023 04:00 PM
xkena apa2 lak kan
Quote renko 1-3-2023 04:08 PM
inflancauer apa dia kisah
janji dapat duit
Quote ayukpingu 1-3-2023 04:11 PM
setuju. gitu la gaya nya...
siap bawa personal cameraman sambil recording acah acah tak perasan kena record. pastu upload guna akaun admin fan. Bijak tak saya manipulate fan saya??

Quote Bawang123 1-3-2023 05:47 PM
Rindu mastika....
Dulu sebab dimomokkan dgn balasan semasa di tanah suci, masing² cuba bertaubat, insaf dulu sebelum berniat nak ke Mekah.
Sekarang ni, pondan pakai telekung, sumpah palsu depan Kaabah, tomboy pakai ihram lelaki.. Buat dosa macam takde apa² perasaan dah. Bab riak n menunjuk² tu, bawang no komen, bukan boleh judge hati org.
Quote Whatsofunnyth 1-3-2023 08:03 PM
ayukpingu replied at 1-3-2023 04:11 PM
setuju. gitu la gaya nya...
siap bawa personal cameraman sambil recording acah acah tak perasan kena ...

Ada lagi yg siap ambik gmbr tengah doa acah2 candid gitueww. Klu yg post gmbr tu org lain tkpela tapi ni diri sendiri yg post
Quote likilu 1-3-2023 08:56 PM
Tanah suci bukan hanya tempat ibadat ok

https://www.instagram.com/p/CpPiMuPtxW3/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Tak boleh nak embed pulak. Sila tekan link ye untuk artis kesayangan anda bersama ustazah terkenal
Quote adelea 1-3-2023 10:12 PM
likilu replied at 1-3-2023 08:56 PM
Tanah suci bukan hanya tempat ibadat ok

https://www.instagram.com/p/CpPiMuPtxW3/?igshid=YmMyMTA2M2Y ...

Nahhh

[ig]https://www.instagram.com/p/CpPiMuPtxW3/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]
Quote adelea 1-3-2023 10:14 PM
likilu replied at 1-3-2023 08:56 PM
Tanah suci bukan hanya tempat ibadat ok

https://www.instagram.com/p/CpPiMuPtxW3/?igshid=YmMyMTA2M2Y ...

Nahhh

[ig]https://www.instagram.com/p/CpPiMuPtxW3/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]
Quote Suchi 1-3-2023 10:37 PM
Sebenarnya setahun berapa kali boleh g umroh?
Iols perasan founder produk mcm yg jual pakaian/tudung kerap juga pi sana.
Sambil2 pakai jugah/tudung yg depa jual laa nnt adalah video2 dorang berjalan2 kat Mekoh tu dgn lagu latar Muhasabah Cinta
Quote Nham22 2-3-2023 12:56 AM
Kalau founder g sane biat content sah anak didik zizang semang...
Quote ina_na 2-3-2023 01:26 AM
Dah 2,3 tahun aku rs deme ni bt mcm ni..siap tunjuk sedekah itu ini kat sana..ade yg bt secara live...lps tu open lak sape nk menderma nanti dia tlg dermakan..Ramai la yg duk join..bukan la jeles .tp mmg nampak sgt la marketing nye..cuma MLS nk komen kat fb,penjilat deme ramai..
Quote FOTHER-MUCKER 2-3-2023 03:34 AM
Sama aja dengan setengah orang yang bekerja kerajaan tu.. mereka bukan minat bekerja sangat tetapi mahukan kemudahan.
Quote rosedemon 2-3-2023 08:41 AM
cmni yg tuhan jemput hmm

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.044371 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top