CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Lori Maut Dibelasah Angkara Dendam, Cemburu

1-3-2023 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 483| Komen: 0

Pemandu lori maut dipukul di sebuah pangsapuri di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan pada Isnin, lapor Sinar Harian.

Siasatan polis mendapati adik mangsa (pengadu) menerima panggilan telefon daripada rakannya pada jam 7.15 pagi memaklumkan abangnya didatangi sekumpulan individu di lokasi kejadian.



Gambar hiasan

"Teman wanita abangnya itu memaklumkan mangsa dipukul oleh individu terbabit sebelum dibawa keluar dari apartment berkenaan

"Rakan pengadu menerima panggilan daripada seorang individu dipercayai suspek memaklumkan mangsa berada di Unit Kecemasan Hospital Cyberjaya kira-kira jam 11.30 pagi," kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan menerusi kenyataan pada Selasa.

Adik mangsa yang bergegas ke Hospital Cyberjaya bagaimanapun dimaklumkan abangnya, 31, sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

"Pemeriksaan dijalankan terhadap mangsa mendapati kedua-dua belah mata bengkak dan lebam selain mengalami luka pada hidung serta pendarahan di kedua-dua belah telinga.


"Siasatan turut mendapati motif pembunuhan berpunca perasaan dendam dan cemburu terhadap mangsa," katanya.

Berikutan itu, polis mengenal pasti lima individu dipercayai terlibat dalam kejadian terbabit dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.097479 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top