CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rahang Jantan Jadi Kegilaan, Pengikut Mierul Aiman Dah Cecah Ratus Ribu

28-2-2023 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7581| Komen: 79

Mierul Aiman kini menjadi sebutan di bibir penonton dek kerana lakonan yang mantap dalam drama bersiri Projek: High Council.

Benar-benar menjadi ‘kegilaan ramai’, jumlah pengikut Instagram (IG) jejaka berusia 25 tahun ini turut menyaksikan peningkatan yang mendadak.


Foto: IG

Menurut Mierul atau nama lengkapnya Muhammad Amirul Aiman Azman ini, pengikut di IG kini sudah mencecah lebih ratusan ribu sejak drama lakonannya ditayangkan.

“Dulu pengikut saya cuma tujuh ribu sahaja, tak sampai 10,000 pun.

“Alhamdulillah sekarang dah lebih 100,000 pengikut. ‘The love is there’, kasih sayang yang mereka beri itu ada dan saya sangat hargainya.



“Buat masa sekarang saya tak pernah kena ‘kacau’, apa yang saya boleh lihat sekarang adalah penghargaan daripada peminat, saya tak boleh gambarkan bagaimana sokongan yang saya terima.

“Saya berada di sini disebabkan mereka semua yang menyokong saya dengan ikhlas,” kongsinya teruja.



Disoal mengenai sosok wajahnya yang mempunyai rahang jantan sehingga menjadi bualan warganet, Mierul mengakui ia adalah keunikan yang terdapat pada dirinya.

“Sebenarnya saya tak pernah terfikir pun ini adalah salah satu keistimewaan dekat diri saya.

“Kemana-mana sahaja saya pergi, dalam sepuluh orang, lima daripadanya akan bercakap mengenai rahang jantan ini.



“Saya percaya, mungkin ini adalah salah satu keunikan buat diri saya dan saya hargai apa yang orang suka, yang paling penting bukanlah saya gunakan ia untuk kerja. Terima kasihlah kerana sukakan rahang saya,” ujarnya berseloroh.

Melihat kepada sambutan luar biasa peminat terhadap drama lakonannya, Mierul memaklumkan dia tidak menjangkakan karya tersebut akan meledak di kaca televisyen. Malah menghargai sokongan padu semua terhadap drama tersebut.



“Kami sebagai pelakon dalam drama ini ingin persembahkan yang terbaik dan alhamdulillah hit itu sangat besar.

“Kami tak menjangkakan itu, kami menjangkakan naskah ini mendapat tempat di hati penonton tetapi kami tak jangka gelombang ini jadi seperti ini.

“Kami hargai momen ini, hargai sokongan daripada peminat dan peminat karya-karya industri dan kami sebagai pelakon-pelakon baharu sangat dahagakan untuk berkarya lagi.

“Terima kasih kerana berikan kasih sayang dan penikmatian yang terbaik dan banyak lagi yang kami akan jelajahi untuk drama ini ” katanya ketika ditemu bual XTRA. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 28-2-2023 06:40 PM
Melayu memang suka wajah bawah par gini. Yang helok katanya gay/pondan
Quote mojarean_X 28-2-2023 06:43 PM
Iols lebih rela follow akaun Firdaus Ismet
Quote dua_chzy 28-2-2023 06:58 PM
La makin popular nampaknya bekas pembuli ni?
Quote sailormars 28-2-2023 07:38 PM
muka jenis jehan miskin...maaf dik, bukan taste acik
Quote dudaberhias 28-2-2023 07:41 PM
celah mana rahang jantannya macamtu??? macam penebuk tin beskut cap tip tap keluaran bersaudara ada la... tajam dia tu betul2 align dengan pipi... orang lain yang maskulin semua di bawah pipi...

aaa cer cuba letak tin beskot depan ko dikkk... selang beberapa minit mesti ada yang hulur singgit dua...

btw iolsss suka lakonan heols dalam phc, tapi kalau boleh tukar pelakon iols hambik yang ni lah yang nak di tukar... asalkan nadhir kejap hensem kejap tak... masih ada jadi watak sebagai abang, lagipun wajah heshe keras sangat untuk jadi adik nadhir...
Quote virgocircus 28-2-2023 07:51 PM
Heols x hesmes..tapi ade macho situ. Yg kes buli tu media mcm x cover je...
Quote kechikchomel 28-2-2023 08:16 PM
Macam pelik ke jaw dia
Quote cicicumel 28-2-2023 08:19 PM
Geng2 ni gigih ketap gigi masa photoshoot nk tnjuk jawline.. Kah3x
Quote slyfynx 28-2-2023 08:57 PM
Sedihnye die ni.
Kalau thread bukak je mesti pasal rahang bodoh die tu, atau buli.
Quote Kurex 28-2-2023 09:07 PM
Ni baru rahang jantan. Kalau rahang budak ni, dah macam kena sumpahan mangsa buli dia!
Quote chekacheku 28-2-2023 09:10 PM
Uduh dik..rahang jantan ko menambah kehuduhan ko ngn peel ko..ko pegi minta maaf sana nhn budak yg ko pnah bulih br acik rs ko berupa sikit..uduh bykla tapi
Quote nakkomenjugak 28-2-2023 09:27 PM
Still kelindan to me sorry dekkk
Quote Nana_Man 28-2-2023 09:32 PM
dua_chzy replied at 28-2-2023 06:58 PM
La makin popular nampaknya bekas pembuli ni?

Dia memang pembuli ke??
Quote Aneem 28-2-2023 09:35 PM
Edited by Aneem at 28-2-2023 09:36 PM

Bila aku scroll benang kat gosip ni, tajuk benang ni yg paling annoying nak mampos.
Bila scroll benang nampak pulak muka jantan terpaling perasan hensem, lagi besau sial pulak rasanya.
Muka dh la macam dak kacak anak tokbida. Ehh meluat siaak
Quote diamondhoney 28-2-2023 10:01 PM
Iols tak minat jejanz melayu post tak pakai baju kat media social..
Heols ni kat twitter hari tu ade netz komen pakai baju melayu mcm budak g beli ais pagi raya.. Marah betul fans heols..
Quote QueenIsolde 28-2-2023 10:07 PM
Ketahian apakah ini
Quote diamondhoney 28-2-2023 10:07 PM
dudaberhias replied at 28-2-2023 07:41 PM
celah mana rahang jantannya macamtu??? macam penebuk tin beskut cap tip tap keluaran bersaudara ada  ...

Kak dude nampak tak malam gempak award tu heols ngan nadhir duk ngunyah chewing gum kat audience..dengan chain pakej bercelak nya..tanjat iols tiber camera zooms theyols..
Iols OK jah ngan nadhir tapi malam tu punye hauk
Quote immi 28-2-2023 10:10 PM
Kurex replied at 28-2-2023 09:07 PM
Ni baru rahang jantan. Kalau rahang budak ni, dah macam kena sumpahan mangsa buli dia!

Haaaaaa ini baru betollllllll
Quote dudaberhias 28-2-2023 10:11 PM
diamondhoney replied at 28-2-2023 10:07 PM
Kak dude nampak tak malam gempak award tu heols ngan nadhir duk ngunyah chewing gum kat audience.. ...

laa ingatkan iols sorang je perasan very the hauk yach style fashion theyols dedua malam tu... kahar plak yang herlok berganda2... ingatkan saja nak hodohkan dedua pelakon utama tu supaya kahar dapat limelight tapi kahar very the wangi yach malam tu...

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.066515 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top