Jika sebelum ini Raaj Atiq dilabel sebagai lelaki gay kerana sering menayang badan, terbaru pelakon itu dikecam berikutan menyokong tindakan seorang wanita membakar bendera lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di New York.
Menerusi Instastoriesnya, pelakon itu menegaskan sokongannya terhadap tindakan berkenaan sambil menyindir pihak tertentu. “Aku sokong 100% perempuan ni. Kang cakap benda lain tersalah pulak cakap, mulalah nak backup puak-puak dia orang ni,” tulisnya. Sementara itu, Raja Atiq turut membidas komen netizen yang menyindir dirinya bermain dengan sentimen LGBT dan berlagak seolah-olah 'terpaling suci'.
"Nak tegakkan benang yang basah ke, tegakkan ikan kli dekat bawah tu bang?" ujarnya. - CARI |
ADVERTISEMENT