Datin Elvina Mohamad, 28, berkongsi berita cemas berkaitan putera sulungnya, Karl Mateen yang jatuh longkang akibat bermain basikal. Elvina menerusi perkongsian di Instagram miliknya meluahkan rasa gusar apabila melihat wajah anaknya itu berdarah di bahagian mulut dan hidung.
Namun, menurut Elvina, anaknya itu seakan tidak mempunyai rasa takut atau trauma kerana masih aktif bermain basikal keesokan harinya meskipun mengalami insiden kecil. “Wahai anakku, jantung mommy ni macam nak tercabut berlari semalam masa awak jatuh masuk longkang. Tapi masih ye pagi ni bangun-bangun cari/check basikal dulu. Haih tak serik-serik. “Panicked gila semalam tengok darah penuh kat mulut dan hidung. Alhamdulillah, nasib baik cedera luka di luar sahaja. Tak ada patah-patah, tiada yang serius,” tulisnya. Dalam pada itu, Elvina turut sempat berkongsi pesanan suaminya, Datuk Mohd Haniff Borhan yang berkata normal bagi anak jantan untuk cedera ketika bermain, namun pelakon ini jelas masih fobia.
|
ADVERTISEMENT