KUALA LUMPUR – Isu kesesakan di hospital kerajaan, pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar serta permasalahan bekalan telur ayam dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, soalan berhubung langkah kerajaan untuk menangani kesesakan hospital kerajaan diajukan oleh Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab. Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) pula bertanya kepada Menteri Kewangan sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan subsidi bahan api petrol RON95 serta gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak secara bersasar kepada golongan kumpulan B40. Ia berikutan perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang berjumlah RM77.3 bilion bagi 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.
Che Alias bin Hamid (PN-Kemaman) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi menghentikan serta-merta eksport telur ayam bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan telur di pasaran. Turut dijangka menjadi tumpuan soalan oleh Chong Zhemin (PH-Kampar) mengenai syarikat pelaburan kerajaan (GLC) yang mengalami kerugian sejak 2020 dan langkah yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah itu. Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) pula meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah usaha kerajaan dalam mengurangkan lambakan beban tugasan guru sehingga menyukarkan guru-guru untuk fokus kepada tugas mengajar murid. Manakala isu berhubung 50 peratus kontraktor Bumiputera didakwa sedang nazak dan berisiko gulung tikar diajukan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut). – CARI Sumber: Kosmo
|
Simunggu replied at 28-2-2023 11:31 AM
cukai m40 & T20 dinaikkan....subsidi bersasar
gaji m40 & t20 majikan nak potong.....
Simunggu replied at 28-2-2023 11:31 AM
cukai m40 & T20 dinaikkan....subsidi bersasar
gaji m40 & t20 majikan nak potong.....
Kitty_catz replied at 28-2-2023 01:21 PM
titwenty tu ok la tu kena potong gaji, bior taxable income deme jatuh bawah rm230K
kan geng2 t ...
Miss_Ceri: Apply la balik GST tu, dapat duit lebih bagi pada B40.Beban la gini semua nk ditekan pada M40, T20.
Simunggu replied at 28-2-2023 02:12 PM
bukan sbb kena tax...tapi apa apa bantuan & subsidi semua pada b40 & m40....t20 dapat apa?
ultra78 replied at 28-2-2023 01:36 PM
Eloklah semuanya bersasar. B40 cuma bayar RM1. M40 & T20 bayar harga sama seperti hospital swasta. L ...
Simunggu replied at 28-2-2023 02:12 PM
bukan sbb kena tax...tapi apa apa bantuan & subsidi semua pada b40 & m40....t20 dapat apa?
Simunggu replied at 28-2-2023 02:12 PM
bukan sbb kena tax...tapi apa apa bantuan & subsidi semua pada b40 & m40....t20 dapat apa?
ADVERTISEMENT