Puteri Sarah malas nak serabut kepala memikirkan tentang khabar angin bahawa madunya, Ira Kazar kini hamil anak pertama. Sarah kata dia sendiri tidak tahu tentang kesahihan perkara tersebut dan tidak berada pada posisi untuk memberi komen terperinci.
“Entahlah. Saya pun tak tahu sekejap berbadan dua dan sekejap tidak. Saya tak kisah. “Saya tak kisah dia nak berbadan tiga ke, empat ke, saya betul-betul tak ambil kisah,” katanya kepada Kosmo! Online. Bagaimanapun, Sarah tidak menafikan bahawa khabar angin Ira sedang hamil sampai ke pengetahuan bahkan sebelum dirinya dan anak-anak mengerjakan umrah baru-baru ini. “Masa saya nak pergi umrah (baru-baru ini), saya dapat tahu tentang ‘benda’ tersebut. “Saya pergi umrah nak tenang-tenang sahaja tapi apabila balik ke tanah air, saya dengar macam-macam.
“Apa yang saya harapkan sekarang ini adalah 7 Mac nanti (di mahkamah) semuanya berjalan dengan baik. “Saya dah tak nak ambil tahu sama ada dia (Ira) nak berbadan tiga, empat atau lima, saya memang tak nak ambil tahu (ketawa),” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.
|
dudaberhias replied at 27-2-2023 04:58 PM
iyer lah terpaling move-on nihhh...
move-on dari kisah rumahtangga sendiri lepastu sibuk jaja kisah ...
beldandy replied at 27-2-2023 07:28 PM
reouts pun tak boleh ke biarkan je PS dgn hidup dia? tetiap hari nk kena interview dia. tanya A buat ...
ghalibboy replied at 28-2-2023 01:33 PM
Senang nak cakap redha. Kucing kena curi pun sedih.
ADVERTISEMENT