CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1857|Reply: 13

Dia Nak Berbadan 2 Atau 3, Saya Tak Peduli, Dah Move On! – Puteri Sarah

[Copy link]
Post time 27-2-2023 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Puteri Sarah malas nak serabut kepala memikirkan tentang khabar angin bahawa madunya, Ira Kazar kini hamil anak pertama.


Sarah kata dia sendiri tidak tahu tentang kesahihan perkara tersebut dan tidak berada pada posisi untuk memberi komen terperinci.


“Entahlah. Saya pun tak tahu sekejap berbadan dua dan sekejap tidak. Saya tak kisah.


“Saya tak kisah dia nak berbadan tiga ke, empat ke, saya betul-betul tak ambil kisah,” katanya kepada Kosmo! Online.




Foto: IG




Bagaimanapun, Sarah tidak menafikan bahawa khabar angin Ira sedang hamil sampai ke pengetahuan bahkan sebelum dirinya dan anak-anak mengerjakan umrah baru-baru ini.


“Masa saya nak pergi umrah (baru-baru ini), saya dapat tahu tentang ‘benda’ tersebut.


“Saya pergi umrah nak tenang-tenang sahaja tapi apabila balik ke tanah air, saya dengar macam-macam.


“Apa yang saya harapkan sekarang ini adalah 7 Mac nanti (di mahkamah) semuanya berjalan dengan baik.


“Saya dah tak nak ambil tahu sama ada dia (Ira) nak berbadan tiga, empat atau lima, saya memang tak nak ambil tahu (ketawa),” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.




  



Sementara itu, ditanya tentang sama dia ada mendengar tentang ura-ura suaminya, Syamsul Yusof kini bergelar atau berpangkat Datuk, Sarah juga mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa langsung namun mendoakan yang terbaik buatnya.


“Itu (Syamsul dah dapat gelaran Datuk) pun saya tak tahu. Saya memang tak ambil tahu apa-apa.


“Kalau dapat gelaran Datuk, alhamdulillah tahniah buat dia. Itu sahaja dan saya tak nak ambil peduli lagi.


“Saya dah ‘move on’. Semasa saya di Madinah tempoh hari, saya dah letak semua masalah di belakang. Bahkan yang pasal Ira berbadan dua, waktu itu saya di Madinah.


“Saya dah macam apa-apa sahajalah. Syamsul pun dah berkahwin dan benda pun dah jadi dan tiada apa yang perlu diperkatakan dari pihak saya berhubung dakwaan terbabit (Ira sekarang hamil),” katanya.




  



Terdahulu, Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menetapkkan 7 Mac 2023 sebagai tarikh sebutan pertama bagi kes perceraian yang difailkan Sarah terhadap suaminya, Syamsul Yusof.


Dalam pada itu, timbul khabar angin bahawa Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin kini hamil anak pertama.


Pada awal Januari lalu, Syamsul menggemparkan dunia seni tanah air apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapanya yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2023 05:29 PM | Show all posts
kalau dah move on selalu nya tak buat karangan
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 05:58 PM | Show all posts
iyer lah terpaling move-on nihhh...
move-on dari kisah rumahtangga sendiri lepastu sibuk jaja kisah rumah tangga hal orang lain plak gittew?

mujur la anak kaza tu rupa2 jin yang imam masjid sg besi pun tak mampu nak halau... kalau cantik macam peah habis lah kau... silap2 sol yang move-on cepat2
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cakap no comment.. Nanti cerita kat court.. OK tak? Jgn kecam.. Cadangan je.
Hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 27-2-2023 04:58 PM
iyer lah terpaling move-on nihhh...
move-on dari kisah rumahtangga sendiri lepastu sibuk jaja kisah  ...

terpaling disondol
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 07:28 PM | Show all posts
Edited by beldandy at 27-2-2023 07:33 PM

reputs pun tak boleh ke biarkan je PS dgn hidup dia? tetiap hari nk kena interview dia. tanya A buat artikel. tanya soklan B, tulis lagi artikel. tanya soklan C, tulis lagi satu artikel.
Kang kalo dia x jawab, kata dia kekwat sombong pulak!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
beldandy replied at 27-2-2023 07:28 PM
reouts pun tak boleh ke biarkan je PS dgn hidup dia? tetiap hari nk kena interview dia. tanya A buat ...

Kannn hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2023 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiap 1 ayat kuar dr mulut PS ni leh jadi 1 topik ke kt sini? Aduhaiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2023 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu je lah 7 March tu nanti...reputs tanya lagi..benang lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2023 10:19 AM | Show all posts
bertabahlah PS
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2023 10:26 AM | Show all posts
lepas ni diam je lah PS

ko bercakap apa apa pun boleh jadi satu masalah dunia
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang nak cakap redha. Kucing kena curi pun sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2023 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ghalibboy replied at 28-2-2023 01:33 PM
Senang nak cakap redha. Kucing kena curi pun sedih.

Kalau org buat jahat pada kita, kita redha kita jgn balas tapi kita saman ok, sbb m'sia ada undang2 ingat suka2 ke nak kacau hidup org. Itu baru betul caranya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 08:38 AM | Show all posts
diamlah sarah dlm hati kot erbakot kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.424902 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list