CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemuda Tak Mengaku Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak Saudara

27-2-2023 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 892| Komen: 8

Pemuda berusia 21 tahun tidak mengaku bersalah atas tuduhan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya, tiga tahun lalu, lapor Utusan.

Tertuduh membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.



PEMUDA yang dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/ TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas anak saudaranya itu yang ketika kejadian berumur 10 tahun di sebuah rumah di daerah itu antara Januari sehingga Mac 2020.

Berdasarkan pertuduhan itu, dia boleh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dipenjara sehingga 20 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.


Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 27 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 27-2-2023 05:18 PM
dasar pakcik durjana
elok patah kan aje bebird tu
Quote Samerosie 27-2-2023 05:27 PM
Bab2 macam ni tak nak lak kerajaan PAS nak berbunyi...hal pakai baju perempuan lak yg disibukkan.
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:03 PM
dasar pakcik bajingan
Quote senoritalolyta 28-2-2023 03:03 PM
anak sedara pun kauu ya
Quote rogayahtop 28-2-2023 06:02 PM
kesiannya lah anak saudara dpt pakcik durjana mcm  ni.
Quote dekmieDandy 1-3-2023 10:01 AM
patut buat macam negara mana tu, semua pedo kena suntik (chemical castration) sampai dia tak boleh nak ngesek dah
Quote Thunderclouds 1-3-2023 10:11 AM
Die solat dak?
Kalo solat mebi sbb kanak² tu pakai pakaian xpatuh syariah.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.149098 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top