View: 685|Reply: 7
|
[Jenayah]
Pemuda dituduh lakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuan
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya, tiga tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh yang berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas anak saudaranya itu yang ketika kejadian berumur 10 tahun.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh terhadap mangsa di sebuah rumah di daerah ini antara Januari sehingga Mac pada 2020.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Mahkamah kemudian menetapkan 27 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.
Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa. – UTUSAN

|
|
|
|
|
|
|
|
dasar pakcik durjana
elok patah kan aje bebird tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bab2 macam ni tak nak lak kerajaan PAS nak berbunyi...hal pakai baju perempuan lak yg disibukkan. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya lah anak saudara dpt pakcik durjana mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
patut buat macam negara mana tu, semua pedo kena suntik (chemical castration) sampai dia tak boleh nak ngesek dah |
|
|
|
|
|
|
|
Die solat dak?
Kalo solat mebi sbb kanak² tu pakai pakaian xpatuh syariah.
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|