Terdapat desas desus tentang anak tiri Dato Siti Nurhaliza yang dikatakan cuba mengambil kesempatan di atas populariti ibu tirinya. Asyraf dikatakan "mengajak" syarikat ibu tirinya untuk bernanung di bawah syarikat pengurusan miliknya, A Klasse.
Namun, menurut portal rotikaya, perkara itu dinafikan oleh Dato Siti Nurhaliza
“Saya cuma menyokong dan membantu anak bujang saya. Kita dah dalam satu keluarga, jadi tidak salah jika saya menolong dia,” nafi Siti dan dalam masa yang sama menepis persepsi yang mengatakan anak tirinya, Asyraf Dato’ Sri Khalid cuba mengambil kesempatan terhadap populariti serta status Siti sebagai ibu tirinya. “Semua anak-anak Dato’ K suka melakukan bisnes, cuma agresif atau tidak sahaja. Asyraf memang agresif dan sejak dari kecil lagi dia sudah ada minat dalam dunia perniagaan. Dia pernah menjual telefon bimbit dan dengan sikapnya yang mudah bergaul, saya yakin cabang perniagaan ini sesuai dengan dia terutamanya membabitkan dunia hiburan”
“Apa yang penting, dia perlu banyak belajar dan kami sekeluarga akan sentiasa memberi sokongan penuh kepadanya,” jelas Siti kepada Tonton Extra baru-baru ini. Tambah Siti lagi, syarikat pengurusan A Klasse hanya akan membantu syarikatnya dari segi urusan pengiklanan di media sosial dan juga perkhidmatan sebagai jurucakap bagi sesebuah jenama. Manakala Siti Nurhaliza Production (SNP) akan kekal menguruskan karier nanyiannya seperti sebelum ini. Penulis rasa biarlah dah anak dia, suka hatilah dia nak tolong ke tak. Why border kan? hihi - CARI Infonet. |
20
Bagus |
12
Marah |
14
Terkejut |
23
Sedih |
16
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepitsiput replied at 26-9-2015 01:43 PM
Nasib baij Adib Khalid x pergunakan Tok T utk nyanyi lagu BBNU urban "supergirl" featuring Da Fam. M ...
ADVERTISEMENT