CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Filem & Drama Lihat artikel

Filem Jwanita Diboikot? Osman Ali Terkilan

28-9-2015 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26695| Komen: 174

Description: Pengarah filem Jwanita, Osman Ali berasa terkilan dengan beberapa stesen televisyen (TV) tempatan yang enggan memberi ruang mempromosikan karyanya itu.

Oleh : Dean BZ

Sumber foto : www.cinema.com.my


Filem seram Jwanita dikatakan tidak mendapat peluang untuk dipromosikan di televisyen ekoran stesen TV tempatan enggan memberi peluang.

Pengarah filem Jwanita, Osman Ali berasa amat terkilan dan memberitahu bahawa stesen TV berkenaan tidak dapat mempromosikan filem tersebut bagi mengutamakan filem keluaran anak syarikat masing-masing.

"Saya terkilan apabila Jwanita tidak diberi ruang untuk dipromosikan  di TV hanya kerana mahu beri laluan kepada filem terbitan anak syarikat masing-masing.

"Malah pihak penerbit mahu membeli iklan, juga tidak dilayan. Ada juga yang beri ruang sedikit seperti temubual di beberapa rancangan hiburan, tetapi promosi seperti itu tidak berapa kuat,"
katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Jumaat.

Jwanita lakonan Maya Karin, Marsha Londoh dan Bront Palarae kini sedang ditayang di pawagam bermula 24 September 2015. Filem itu juga bersaing dengan tiga filem tempatan lain iaitu Kapsul, Girlfriend Kontrak dan Polis Evo.

Tambah Osman lagi, oleh kerana tiada peluang untuk mempromosi, dia bersama team produksi terpaksa mempromosikan filem tersebut menerusi laman sosial.

Kesian juga kan jika tidak mendapat support dari TV tempatan, walaupun filem-filem arahan Osman Ali memang tak dinafikan diminati ramai oleh kerana kelainannya. Penulis sendiri pun antara penggemar filem arahan beliau, antara filem beliau yang penulis pernah tonton seperti Ombak Rindu, Anak Halal, Cun, Pilot Cafe dan Jiwa Taiko. Apa pun sama-sama kita support filem-filem tempatan, kalau bukan kita siapa lagi nak support industri perfileman tanah air. Betul tak? - CARI Infonet. 

7

Bagus
8

Marah
16

Terkejut
10

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 26-9-2015 10:22 AM
Baru lepas tengok nasi lemak kopi o tv9, siap panggil keith foo & heroin filem girlfriend kontrak tu, sorry tak kenal sis. Next!
Quote batman_2007 26-9-2015 10:29 AM
stesen tv caprut mmg gini laaa.

Sejenis Jaga perut sendiri.. Yg selebihnya, ko punya pasal laa kinda attitude.
Quote salju_mutiara 26-9-2015 10:35 AM
tau pasal Jwanita ni kat CARI..
mcm menarik n tertarik je...

tp nak gi tgk ngan sape....
Quote mokcikKSKB 26-9-2015 10:36 AM
Ada je promosi aritu kat meletop!
Quote salju_mutiara 26-9-2015 10:37 AM
girlfriend kontrak tu promot la sejuta kali pun, tak terliur pun nak tgk....
Quote mzzenma 26-9-2015 10:37 AM
Movie bodoh2 yang gigih nak dipromot

Movie yang ada potensi mcm jwanita ni dicampak tepi2

Quote noraidil_06 26-9-2015 10:40 AM
filem kau je kut tak laku en osman oi. tu evo laku keras je. bravo 5 pun laku je, wpun pelakon2 sdri nmpk mcm x sapot je filem bravo 5 tu. x de nk promo beria2 kt media sosial msg2.
Quote bambimbom 26-9-2015 10:42 AM
GF kontrak - tv3
polis evo - astro
jwanita - ???
Quote kasut_emas 26-9-2015 10:46 AM
filem osman ali biasa r film porno. mmg wajib r x der promosi.semua citer ko kalu x der soft porn mmg x sah. promosi la sendiri2 ye si pron
Quote kukukatablog 26-9-2015 10:58 AM
aku rasa cam x seram jer citer nih,
stakat darah2 x cukup seram bagi aku,
geli ada lah...

kenapa filem malaysia xde citer yang pure pasal hantu,
cuba lah buat cerita pocong ker, pontinak ker, langsuir ker,penanggal ker,
kalo ada pon x cukup kuat seramnya, cerita lain jer lebih hantunya ntah kemana...
padahal kita ni banyak jer citer hantu lagend kat malaysia nih,
klo dah rasa mati akal sangat g jer amik jalan citer kat bod MPS yang sememangnya baca pon dah seram....
Quote atekome 26-9-2015 11:31 AM
Sori tak minat filem mlayu..dh la tiket movie mhl.next..
Quote mawar_pink 26-9-2015 12:17 PM
Citer gf kontrak tu cam drama ptg2 kat TV je..
Quote revolusi_30 26-9-2015 12:18 PM
film osman ali memang superb dan melawan arus....sebab tu film2 kurang dpt promosi ... akak memang suka film2 osman ali...cam.bukak api dll..
Quote AprilLova 26-9-2015 12:18 PM
gf kontrak tu adaptasi dari drama akasia kah?
Quote jula7 26-9-2015 12:22 PM
sapa dah tgk jwanita ni?ahkak mcm nak nonton la..bagi review jujur sikit...
Quote nadie90 26-9-2015 01:34 PM
Inilah nasib industri perfileman kat Malaysia....apa slhnya masing2 tolong promosikan filem2 yg lain....kata nk org sokong filem2 tempatan.....bila kluar crita2 mcm nie......org pun naik menyampah....nie semua bnda nk dipolitikkan...

Psl filem GK 2....sy ad bca dkt cinema online...filem nie ala2 50SOG tp versi sopan dan beradab mcm 2
Quote sepitsiput 26-9-2015 01:46 PM
Persamaan kualiti Polis Evo & GF Kontrak ialah kedua2 pengarahnya mmg pengarah yg hebat buat muzik video

Virginia Kenedy tu dh bertahun menang AIM baru skrg nk buat movie....tp pemilihan heroib hauk sgt....stok2 drama ja ristina muneem tu

Yg Jwanita ni meols x faham apsal sminggu lps Polis Evo? Dua2 under astro shaw tp astro promosi polis evo kaw kaw sejak dua bulan lepas
Mohon weekend ni Maya Karin buat kemunculan di konsert AF utk promosi
Quote sepitsiput 26-9-2015 01:47 PM
bambimbom replied at 26-9-2015 10:42 AM
GF kontrak - tv3
polis evo - astro
jwanita - ???

Jwanita pun dgn astro
Quote alieyrina 26-9-2015 02:22 PM
Xpomot pun org tau yg juanita lg bgus pd gf kontrak..aku x leh hadam tgk trailer cita gf kontrek tu...sapa buat weyhhh hazab nyaa jln cerita..pelakon pun sendu..boh dekat tv free pun xrasa nk tgk..pliss laa..tabik pd yg sanggup byq tiket tgk g kontrak..siap ritu teview omputeh mana tah..pasaipa dia tgk aku xsure..

Lihat semua komen(174)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

19-1-2022 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.085201 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top