Seorang wanita mendakwa ahli keluarga sendiri mengambil hak dan mengawal perbelanjaan peribadinya. Menurutnya dia mendapat tentangan daripada ahli keluarganya kerana membuat pelaburan ke dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Ibu bapanya mengatakan wang yang disimpan itu sepatutnya digunakan dengan cara yang lebih bermanfaat. "Selama ni mak, ayah dan kakak-kakak saya selalu kawal apa yang saya nak. Kewangan dan segalanya. Sampai saya terpaksa curi-curi simpan duit dalam ASB. Masa belajar tak boleh buat pinjaman ASB. "Jadi duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan duit pendapatan sampingan saya masukkan dalam ASB. "Apabila keluarga tahu, mereka kata saya membazir. Kata mereka lebih baik beli emas," ujar wanita itu kecewa kerana tindak-tanduknya dikekang keluarga. Isu wanita itu bersama keluarganya meruncing apabila mereka turut campur tangan dalam urusan perkahwinannya.
"Sebulan sebelum kahwin, mak ayah saya guna duit hantaran sampai saya terpaksa minta bantuan suami. Saya juga kena keluarkan simpanan ASB untuk bayar baki majlis semua tu. "Lepas tu, duit salam kaut yang tetamu bagi kepada tuan rumah pun mereka pakai pergi bercuti dan beli emas. "Saya tak dapat apa pun. Sedih saya. Saya dengan suami kena cari lagi duit nak bayar baki majlis," kata wanita itu luluh hati apabila haknya dirampas keluarga sendiri. Tidak cukup setakat itu, wanita tersebut juga mendakwa keluarganya berang kerana dia membuat pinjaman ASB sebanyak RM30,000 untuk membiayai pelaburannya. "Saya buat pinjaman ASB supaya ada simpanan akan datang. Suami saya pun dah lama buat pinjaman ASB. Saya buat RM30,000 dan sebulan bayar RM150. "Tiba-tiba surat sampai dekat kampung dan mak ayah call tanya kenapa buat personal loan sampai RM30,000, dikatakan membazir buat simpanan tu. "Mereka cakap dekat saya lebih baik pakai duit tu untuk bayar hutang majlis atau bagi sikit dekat mereka. "Mereka ada juga cakap lebih baik beli emas boleh pajak, depan suami saya mereka boleh cakap macam tu," ujar wanita itu seperti tidak percaya ibu bapanya sanggup berkata sedemikian. Wanita itu mengakui dia berasa sedih dikongkong oleh ibu bapanya walaupun sudah memasuki alam dewasa dan berumah tangga. "Saya sedih sangat apabila ibu bapa saya marah sebab saya buat pinjaman ASB tu. "Umur saya 27 tahun, dah kahwin dah pun, cuba untuk bina kehidupan sendiri perlahan-lahan. "Tapi mungkin sebab saya kerja biasa, mak dengan kakak-kakak kerja kerajaan, gaji cuma RM1,500," kata wanita itu menutup perkongsian dengan rasa rendah diri. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berbincang mengenai siapa yang mempunyai hak ke atas wang sumbangan atau sering disebut sebagai 'duit salam kaut'. "Duit salam kaut adalah milik siapa yang keluarkan wang untuk bayar kos kenduri. "Since memang itu tujuan salam kaut kan? Bantu ringankan kos kenduri, sebab kita dah datang makan, hulur la duit. "Duit salam kaut jatuh kepada siapa yang banyak keluarkan perbelanjaan untuk kos kenduri. "Orang dulu, mak ayah yang dapat salam kaut sebab mak ayah raikan anaknya kahwin dengan adakan kenduri. "Tapi sekarang ramai pengantin yang keluarkan belanja sendiri guna wang simpanan atau wang hantaran, jadi salam kaut patut dapat ke pengantin," kata sebahagian warga maya. -CARI Sumber: mStar Online
|
sara_thrash replied at 27-2-2023 12:53 PM
memang buat anak tu plan untuk penghasilan duit ke apa
Adrif replied at 27-2-2023 03:54 PM
family tradisional yang beranak ramai, ada yang mindset macam ni
anak tu bukan tanggungjawab dia, ...
pu3mimie replied at 27-2-2023 07:40 AM
Sama la aku, duit hantaran parents ambik. Salam kaut pun dia ambik. Duit hantaran logikla sebab buat ...
ADVERTISEMENT