Berikutan penemuan anggota badan dan tengkorak seorang model dan pempengaruh, Abby Choi di dalam peti sejuk serta periuk di sebuah rumah, polis Hong Kong memfailkan pertuduhan membunuh terhadap bekas mentuanya.
Harian Metro melaporkan, bekas bapa mentua dan anak sulungnya didakwa atas pertuduhan membunuh manakala bekas ibu mentua Abby berdepan satu pertuduhan menghalang keadilan, kata polis dalam satu kenyataan Ahad. Superintendan Alan Chung berkata, bekas suami wanita itu yang ditahan pada Sabtu akan didakwa atas tuduhan pertuduhan membunuh. Kesemua mereka akan hadir di mahkamah hari ini. Terdahulu, polis pada Jumaat menemui mayat Choi dalam keadaan mengerikan bersama dokumen pengenalan lain selepas mangsa dilaporkan hilang selama beberapa hari. Difahamkan, mayatnya dikerat dan disimpan di dalam peti sejuk di rumah kampung luar bandar di Tai Po dekat pinggir bandar Hong Kong berhampiran sempadan dengan tanah besar China.
Pada Ahad, Chung mengesahkan tengkorak wanita muda dipercayai milik Abby ditemui pihak berkuasa di dalam salah satu periuk memasak yang mereka rampas bersama beberapa rusuk, rambut dan tisu manusia. Sementara itu, ahli patologi forensik juga menemui sebilangan kecil tulang manusia dalam periuk lain. Abby dipercayai diserang di dalam kereta dan tidak sedarkan diri ketika tiba di rumah, malah polis masih berusaha untuk mengetahui masa sebenar kematian dan masih mencari bahagian badan dan tangannya. Selain suspek, polis juga menahan seorang wanita dipercayai kekasih bekas bapa mentua Abby dipercayai membantu suspek lain. Wanita yang ditahan pada Ahad itu dipercayai menyewa sebuah rumah bersama bekas bapa mentua model berkenaan dan menyewa sebuah lagi rumah untuk menyembunyikan bekas suami mangsa. - CARI |
ADVERTISEMENT