Johan As’ari bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama seorang usahawan hartanah, pada hujung tahun ini. Katanya dia sudah menjalinkan hubungan bersama gadis bertuah itu selama empat tahun.
“Kami sudah kenal lebih empat tahun bermula dengan percintaan jarak jauh kerana sebelum ini dia belajar di London dan sekarang tinggal di Perlis. “Selepas mengenali hati budi, kami ada perancangan untuk berkahwin. Andai dia memang jodoh saya, paling cepat hujung tahun ini,” katanya kepada Kosmo. Hebat dalam menyembunyikan kisah percintaannya, Johan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti wanita yang dikatakan lebih berusia daripadanya.
|
chekacheku replied at 27-2-2023 12:04 PM
Johan ni ada vibes kekejian sikit..mcm perasan best..haha..sungguhla xminat tgk dia blakon
ADVERTISEMENT