CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dibelasah Suami Kerana Pelacur Ditempah, Bini Yang Datang

26-2-2023 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2796| Komen: 24

Seorang lelaki di Xi An, China yang baru kembali dari tempat kerjanya di bandar lain bermalam di hotel berhampiran stesen kereta api.

Dia yang melihat risalah khidmat seks diselitkan di bawah pintu biliknya kemudian menghubungi nombor tertera pada kertas itu.


Menurut World of Buzz yang memetik laporan media tempatan China, lelaki itu kemudian membuka pintu bilik sebelum menunggu di katilnya untuk 'dilayan'.



SUAMI isteri berkenaan. FOTO Agensi

Bagaimanapun, sebaik wanita berkenaan masuk ke bilik dan menanggalkan kot serta pelitup muka, dia cuba melarikan diri apabila melihat lelaki itu, namun dihalang.

Apabila pekerja seks itu menoleh, lelaki itu menyedari wanita itu sebenarnya isterinya.

Difahamkan, lelaki itu tahu isterinya sedang mencari pendapatan sampingan pada waktu malam, namun tidak mengetahui secara spesifik jenis kerja yang dilakukan.


Menurut laporan, lelaki itu menghempas wanita terbabit ke lantai sebelum menendang dan menumbuk mangsa selepas mengetahui pekerja seks itu adalah isterinya.

Penduduk dan kakitangan hotel yang cemas mendengar jeritan serta panggilan bantuan wanita itu kemudian menghubungi polis sebelum kedua-duanya dibawa ke balai polis.

Lelaki itu dipenjara lapan hari dan didenda 400 yuan (kira-kira RM255) manakala wanita terbabit ditahan dipenjara tiga hari dan didenda 200 yuan (kira-kira RM127).

Harian Metro memetik The Sing Tao Daily dan Oriental Daily melaporkan, mereka merupakan 'pasangan jarak jauh' dan hanya bertemu beberapa kali setahun semasa Tahun Baru Cina dan cuti musim panas. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 26-2-2023 03:22 PM
teruknya sampai mcm ni sekali
Quote green~tea 26-2-2023 03:32 PM
Dua-dua salah...
Quote Tinot7 26-2-2023 04:01 PM
Tingat urban legend psl kawen mutaah.. ada sorang mamat tu kawen mutaah kat bilik gelap.. bg cincin kat minah tu.. sekali bila balik umah, nampak adik dia pakai cincin tu..

Dlm kes ni, patutnya deme setia kpd pasangan je la..
Quote _blackbird 26-2-2023 04:14 PM
bini - cuma cari pekerjaan sampingan utk isi masa lapang.
laki - amboiii habis kerja tabalik rumah, melencong pergi check in hotel utk langgan pelacur pula yaaa..
Quote clarizsa 26-2-2023 04:19 PM
I rasa kelakar laaa

Quote hasniey 26-2-2023 05:04 PM
Dua2 bongok.yg laki pon kemain ko belasah bini eh.pdhal ko pon kaki pelacr jugak.betul2 sekufu
Quote epuepy 26-2-2023 05:18 PM
Kah. Kah.. Kah.. Ni kelakar. Dua2 salah kot. Pastu boleh pulak laki dia belasah binik. Patot binik pn ganyang laki dia sbb order pelaq
Quote ujio 26-2-2023 05:19 PM
Sesuai la dua2 pun...
Quote CiliPadiSedap 26-2-2023 05:51 PM
cmne lah anak nak besar dapat parenting toxic
Quote rosmahisham 26-2-2023 05:54 PM
Baca tajuk igt kn bini dia yg rancang nk kenakn laki yg curang..mcm selalu dlm drama2..rupa nya mmg bini cari keja gitu..mmg kes nayaa la.
Quote acik79 26-2-2023 06:16 PM
Sepadan la tu…
Quote nakkomenjugak 26-2-2023 06:57 PM
memang patut lerrr bejodohan
Quote sharlenetexas 26-2-2023 07:11 PM
Match made in hell.

Quote Suchi 26-2-2023 08:16 PM
Dah kenapa laki tu pukul bini dia?
Org tu tgh keje kot, yg ko tu dah berbini kenapa langgan pelacur?
Baik takyah kawen kalau jumpa bini cuma time CNY dan cuti musim panas.
Dia camni takyah lah kawen kalau nk hidup berjauhan kawen je la ngn sesapa yg berdekatan.
Bila dh berjauhan maka tiap kali sangap langgan pelacur, yg bini plak sbb jauh ngn laki leh wat part time jd pelacur alang2 jarang dapat nafkah batin drpd laki kan.
Quote Belibis 26-2-2023 08:25 PM
Kalau terjadi kat namwew,mungkin dia seronok.
Quote squeeze 27-2-2023 11:12 AM
dah tu sape yg salah kalau macam ni?
Quote Punat_button 27-2-2023 01:02 PM
Tinot7 replied at 26-2-2023 04:01 PM
Tingat urban legend psl kawen mutaah.. ada sorang mamat tu kawen mutaah kat bilik gelap.. bg cincin  ...

bilik gelap pun tak kan tak mengerang sis


Quote Punat_button 27-2-2023 01:02 PM
squeeze replied at 27-2-2023 11:12 AM
dah tu sape yg salah kalau macam ni?

win-win


Quote Sazreena 27-2-2023 04:12 PM
Ni mesti jenis kalau isteri je free..bini ko tgh keje kot..bayar je la..kahkahah.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.078193 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top