CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerbau Melambung Hempap Kereta, Peguam Saran Dakwa Pemilik Haiwan Ternakan Jadi Punca Nahas Maut

25-2-2023 07:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1117| Komen: 5

Pemilik ternakan yang membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran hingga menyebabkan kemalangan maut, disaran seorang peguam kanan supaya didakwa kerana menyebabkan kematian akibat kecuaian.

Hasif Hasan berpendapat, sudah tiba masanya pemilik binatang ternakan ditangkap dan dihukum atas kecuaian mereka yang menyebabkan kecederaan dan kematian pengguna jalan raya.


Lima sekeluarga cedera selepas kereta dinaiki melanggar seekor kerbau yang berkeliaran di atas jalan raya, di Jalan Pasir Puteh-Tok Bali, pada malam Khamis lalu. - Foto tular

Pada masa sama katanya, pihak berwajib juga perlu melaksanakan undang-undang untuk mengenal pasti binatang ternakan, seperti meletakkan tag pada telinga binatang berkenaan bagi memudahkan mengesan pemilik binatang sekiranya berlaku sebarang kejadian.

"Saban hari kita membaca kes kemalangan jalan raya membabitkan haiwan ternakan yang lepas bebas berkeliaran di jalan raya.


"Apabila berlaku kemalangan, netizen mula berdebat dan menyalahkan tuan binatang ternakan. Kemudian senyap dan tiada penyelesaian. Kemudian, berlaku kemalangan lagi, netizen berdebat semula.

"Bak kata netizen 'sampai abang jamil mampus' masih belum selesai. Sedangkan jika binatang mereka dicuri, cepat sekali mereka mengambil tindakan mengaku sebagai pemilik binatang dan membuat laporan polis terhadap pencuri.

"Justeru, pihak berwajib perlu proaktif untuk menyelesaikan masalah ini," katanya menerusi perkongsian di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Hasif berkata, pada pandangannya, pemilik binatang ternakan yang dianggap cuai boleh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua dua sekali.

"Sama ada tindakan pemilik binatang ternakan adalah cuai atau sebaliknya, mahkamah akan menentukan," katanya.

Tegasnya lagi, pemilik haiwan ternakan yang cuai wajar dihukum.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote itik_magic 25-2-2023 09:41 PM
pemilik mesti x mengaku punya tu haiwan dia. cdgn aku , sapa2 yg ambil binatang ternakan yg bebas merayau ditepi jln x menjadi kesalahan mencuri. baru tuan2 ternakan ada akal.
Quote blue_blur 25-2-2023 10:41 PM
hasif weh..... mohonproaktif revisekan semula driver mabuk sebabkan kemalangan melibatkan mati atau tak.. eksiden maut mabuk lebih banyak dari kes langgar lembu/babi liar.
Quote bakingsoda 25-2-2023 10:44 PM
yg aku heran, tuan haiwan ni tak kesah ke haiwan dorang kena curi?
Quote hashashes 25-2-2023 11:05 PM
Hari tu ada la lembu lenggang kangkung nak lintas jalan, bapak aku cakap gengster ni, kena bagi dia Jalan dulu. Kalau tak, kita yang terpelanting
Quote Decaffeinated 25-2-2023 11:28 PM
Semalam kan dah ada thread kerbau hempap kereta, perlu ka hari ni buka satu lagi oleh orang yang sama? eh Cari-Mal ni orang ka, macam kalis maki ja

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.174818 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top