Ribuan pelajar sekolah United Kingdom mencetuskan kekecohan kerana tidak berpuas hati dengan dasar baharu penggunaan tandas di sekolah. Mirror.com dipetik Utusan melaporkan, peraturan baharu itu melarang pelajar menggunakan tandas dengan mengunci tandas sewaktu sesi pembelajaran dan pada waktu rehat.
Difahamkan, polis dipanggil ke beberapa sekolah hari ini selepas keadaan menjadi tegang berikutan kekecohan yang tidak terkawal dengan amukan pelajar. Menurut laporan, polis dari unit mencegah rusuhan hadir ke Sekolah Richmond di North Yorkshire menyatakan guru di sana didakwa ditolak, dipukul serta ditendang manakala sebatang pokok dibakar. Para pelajar di sana turut mengeluarkan alat pemadam api, menendang pintu dan memecahkan tingkap sekolah.
Difahamkan protes itu dirancang menerusi aplikasi TikTok selepas peraturan baharu itu diumumkan. Sementara itu, dalam satu kejadian di Akademi Penrice di St Austell, Cornwall, meja diterbalikkan dan seorang guru dicabut rambutnya selepas demo diadakan petang tadi. Selepas mengumumkan penganjuran protes itu dalam media sosial petang semalam, pelajar sepakat berkumpul beramai-ramai hari ini dan menurut saksi, situasi hari ini menjadi tidak terkawal. Malah, seorang pelajar dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital. - CARI |
Samerosie replied at 25-2-2023 07:17 PM
Tak boleh lah kut sekolah buat camtu kalau tak kasi langsun sebab itu basic human needs. Ataupun mos ...
Adrif replied at 26-2-2023 12:32 AM
sekolah aku dulu ada buat tandas berkunci ni. hanya untuk para guru sahaja. semua cikgu dapat kunc ...
Adrif replied at 26-2-2023 12:32 AM
sekolah aku dulu ada buat tandas berkunci ni. hanya untuk para guru sahaja. semua cikgu dapat kunc ...
tikusmontok replied at 26-2-2023 08:04 AM
Acik dulu sekolah budak2 nakal ke?
ADVERTISEMENT