Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, 25, mengulas tindakan seorang pelanggan karaoke cuba meniru aksi nyanyiannya di Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37), baru-baru ini. Naim ketika ditemui berkata kepada Harian Metro, dia sudah menonton video tular di TikTok itu dan menyeru orang ramai agar tidak meniru aksinya dengan sewenang-wenang tanpa pengawasan pakar.
"Janganlah terbalik. Kalau nak buat apa ke, itu atas risiko diri sendiri. Saya datang atas kapasiti persembahan profesional saja. "Saya membuat persembahan itu (tergantung dengan kepala ke bawah dan kaki di atas) dengan persediaan lengkap di mana ada pakar perubatan sudah disediakan di belakang pentas, tahap pernafasan saya juga diperiksa lebih dulu dan boleh dikata semuanya diatur rapi. "Ia bukan benda yang boleh dipandang enteng macam itu saja. Umpamanya, kalau Naim boleh buat, aku pun boleh terbalik. Persediaan rapi dalam pelbagai aspek perlu ada, termasuk insurans diri," katanya.
Justeru, Naim memohon orang ramai tidak meniru cara nyanyiannya di AJL37 kerana berkait rapat dengan faktor keselamatan diri. "Sekali lagi, saya tidak menyeru semua untuk meniru sebarang aksi itu, serta pernah menghebahkan agar kita buat 'challenge' (cabaran) dan sebagainya. Apa yang dibuat itu (di AJL37), hanyalah satu inteprestasi atas persembahan saya. "Tapi, apa yang mereka (orang ramai) cuba lakukan itu pula atas risiko dan pemerhatian 'content' sendiri. Sebabnya, saya pun dah tengok video di karaoke yang tular itu dan jujur diakui, rasa risau jugalah," katanya. Sumber: Harian Metro
|
SayaSayangMama replied at 24-2-2023 04:13 PM
dia ni baik sgt belajar kt mana ehh ckp baik baik sokmo
SayaSayangMama replied at 24-2-2023 04:13 PM
dia ni baik sgt belajar kt mana ehh ckp baik baik sokmo
ADVERTISEMENT