Dek terlalu banyak makan ayam dimasak beberapa wanita yang ingin memikatnya, lelaki dari Rwanda mengalami masalah kaki lumpuh, lapor Tuko yang dipetik Kosmo! Online. “Saya menjadi dewasa dan ramai gadis mula menyukai saya. Mereka semua menyukai saya dan saya tidak tahu bagaimana untuk mengendalikannya,” kata Ndayishimiye Fidel, 25.
Tambah Fidel, wanita-wanita itu menjadi tidak sabar kerana dia menangguhkan untuk memilih seorang daripada mereka untuk dikahwininya. Disebabkan semuanya berminat, wanita-wanita tersebut perlu menyertai pertandingan untuk melihat siapa yang akan dipilih menjadi isteri Fidel. Bapa pemuda tersebut berkata, mengikut budaya mereka, jika seorang lelaki makan ayam yang dimasak oleh seorang wanita, dia perlu mengahwini gadis itu.
Namun, pada suatu hari, dia mendakwa anaknya itu terlalu banyak makan ayam. Fidel kini memilih untuk membujang seumur hidup selepas apa yang terjadi kepadanya. Sumber: Kosmo! Online
|
Samerosie replied at 23-2-2023 09:06 PM
Ingatkan cari la original artikel in english baru boleh faham apa ceritanya yg betul, rupanya sama j ...
Samerosie replied at 23-2-2023 09:06 PM
Ingatkan cari la original artikel in english baru boleh faham apa ceritanya yg betul, rupanya sama j ...
cmf_almondpecan replied at 24-2-2023 12:39 PM
Dari tajuk English ni, rasanya mamat ni kata dia lumpuh sebab kena buatan orang yakni gadis yang d ...
Samerosie replied at 24-2-2023 01:31 PM
Yang buat confusing tu perkataan "women", tu yg dia cakap makan ayam perempuan2 yg suka kat dia tu ...
ADVERTISEMENT