Selepas dua bulan bertunang dan baru sahaja mendedahkan tentang pertunangannya, tahu-tahu sahaja pelakon jelita, Raysha Rizrose sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Nabil Jeffri, semalam. Namun begitu, disebalik berita gembira perkahwinan Raysha Rizrose, adik-beradiknya iaitu Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose juga mencuri perhatian ramai di media sosial selepas rakaman video mereka menangis menjadi tular di aplikasi TikTok. Agaknya apa pula punca mereka berdua tiba-tiba menangis ya? Dalam satu rakaman video pendek itu memaparkan Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose menangis sebaik sahaja memandang barang yang diterima mereka disaat sebelum adik mereka itu berkahwin.
Hal itu membuatkan ramai tertanya-tanya penyebab mereka menangis, jesteru Uqasha kemudian berkongsi di Instagramnya bahawa dia dan Nelydia menerima gambar kenangan ketika mereka bertiga masih kecil. Tidak dapat menahan sebak memandang gambar tersebut, kedua-dua pelakon jelita yang menangis itu turut mengundang rasa sebak netizen malah ramai yang seronok melihat keakraban adik-beradik selebriti tersebut. Pasangan adik-beradik ini juga turut menerima pujian yang mana dikatakan meskipun popular, mereka jarang terpalit kontroversi. Apapun, mestilah sedih kan tengok gambar kenangan masa kecil sebab masing-masing kini sudah bergelar isteri orang dan ada keluarga sendiri. Semoga keakraban adik-beradik ini berkekalan hingga syurga. - CARI |
Dolmat replied at 23-2-2023 05:37 PM
Lagi sedap menengok dorang adek bradek dari the lopaks & Melvin's REMPITANS..
Dolmat replied at 23-2-2023 05:37 PM
Lagi sedap menengok dorang adek bradek dari the lopaks & Melvin's REMPITANS..
dudaberhias replied at 23-2-2023 05:48 PM
maaflah kaka tengok vid tu heshe macam usap2 mata tapi keluar angin jah... tak nampak pun air matany ...

iza_just2c replied at 23-2-2023 05:34 PM
dorang xde adik beradik laki ke? mesti helok kalau ada
ADVERTISEMENT