CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kandungan Baru Berusia 5 Bulan Setengah, Anak Pertama Raja Nazrin Shah SOG Terpaksa Digugurkan

23-2-2023 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3480| Komen: 28

Description: Isteri kepada vokalis kumpulan Sekumpulan Orang Gila, Raja Nazrin Shah iaitu Resya Rahman berkongsi berita duka apabila bayi yang dikandungnya selama lima bulan setengah terpaksa digugurkan.
Isteri kepada vokalis kumpulan Sekumpulan Orang Gila, Raja Nazrin Shah iaitu Resya Rahman berkongsi berita duka apabila bayi yang dikandungnya selama lima bulan setengah terpaksa digugurkan.

Menerusi ciapannya di Twitter, bayinya itu menderita komplikasi yang tak dapat dielakkan dan disahkan oleh doktor bahawa anak mereka tidak dapat bertahan hidup.

Foto: IG

“Daripada gembira kepada duka, daripada tangisan gembira kepada tangisan kesakitan, dari hari pertama ke hari terakhir. Kami sangat beruntung diberi rasa bahagia apabila dapat melihat jari-jari kecil dalam gambar ‘ultrasound’.

“Kami berdoa siang dan malam memohon kepada Allah untuk menjadikan kami manusia yang lebih baik supaya kami boleh jadi ibu bapa yang baik buat anak pertama kami. Tanpa kami ketahui, Allah ada perancangan lain untuk kami,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa pemeriksaan biasa bertukar kepada berita sedih.


Malah, mereka telah merujuk kepada beberapa doktor yang lain untuk mengesahkan berita tersebut.



“Pada dua minggu lalu, kami diuji dengan ujian yang sangat berat. Kami pergi membuat pemeriksaan biasa dan hendak meraikan jantina anak kami, sebaliknya kami diberitahu bayi kami menderita komplikasi yang tidak dapat dielakkan.

“Selepas melalui beberapa doktor dengan harapan berita itu tidak benar, malangnya, mereka semua mengesahkan bayi kami tidak dapat bertahan hidup,” jelasnya.

Namun, mereka bersyukur tetap diberi peluang untuk menjadi ibu bapa dan redha dengan ketentuan Allah ini.

“Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan kesakitan yang kami rasakan dan lalui. Kekuatan antara kami berdua yang membuatkan kami bertahan.

“Bayi kami adalah yang terpilih dan kami bersyukur dapat mengandungkan anak syurga selama lima bulan setengah. Kami redha dan percaya perancangan Allah adalah yang terbaik.

“Hari ini adalah hari dimana kami terakhir kali melihat bayi kami dan mengucapkan selamat tinggal. Disebalik kesedihan ini, kami tetap bersyukur diberi peluang menjadi ibu bapa kepada bayi lelaki kami, Raja Emir Khalid, walaupun dia baru berusia lima bulan setengah dalam rahim Mommy,” ujarnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chekacheku 23-2-2023 03:58 PM
Innalillah..takziah sis..percayalah ada pelangi indah di sebalik duka ini..insyaAllah..
Quote Selubung 23-2-2023 04:15 PM
Kesiannya
Quote rayna_raynes 23-2-2023 04:22 PM
Kat ig wife dia ada pulak makhluk2 yang pergi ucap tahniah. ga bisa bahasa Inggris agaknya
Quote azimodin 23-2-2023 04:51 PM
rayna_raynes: Kat ig wife dia ada pulak makh ...

Benda ni memang jadi ya. Masa iouls kehilangan anak ramai je cakap tahniah & "cemburu" sebab dapat tiket free masuk syurga. Bila iouls dapat rawatan sebab tertekan lepas bersalin, dorang cakap x kuat iman. Padahal dorang la yg cibai lahanat menyebabkan iouls hampir gila
Quote akuHavocczz 23-2-2023 04:55 PM
rayna_raynes replied at 23-2-2023 04:22 PM
Kat ig wife dia ada pulak makhluk2 yang pergi ucap tahniah. ga bisa bahasa Inggris agaknya

sama case macam "we were together".. Ni tak faham "we had baby"
Quote nena9042 23-2-2023 04:56 PM
azimodin replied at 23-2-2023 04:51 PM
Benda ni memang jadi ya. Masa iouls kehilangan anak ramai je cakap tahniah & "cemburu" sebab dapat  ...

Yihh paling benci bila baca komen "beruntung parents sebab ada anak syurga." Walau sebetul mana pun statement tu, orang tu baru kehilangan kot. Takde terlintas rasanya rasa untung tu.
Quote Kilian 23-2-2023 04:57 PM
rayna_raynes replied at 23-2-2023 04:22 PM
Kat ig wife dia ada pulak makhluk2 yang pergi ucap tahniah. ga bisa bahasa Inggris agaknya

Kaka, dp kakak tu siapa nama dia eh?
Quote cikyahvogue 23-2-2023 05:00 PM
nena9042 replied at 23-2-2023 04:56 PM
Yihh paling benci bila baca komen "beruntung parents sebab ada anak syurga." Walau sebetul mana pu ...

Iols masa gugur last 2 years org ckp takpe anak syurga. Iols depress sampai berbulan-bulan dorang tak tahu. Trauma
Quote nena9042 23-2-2023 05:13 PM
cikyahvogue replied at 23-2-2023 05:00 PM
Iols masa gugur last 2 years org ckp takpe anak syurga. Iols depress sampai berbulan-bulan dorang  ...

Sebab tak kena batang hidung sendiri, tu ringan je mulut diorang. Jenis takde rasa empati dalam diri tu. I hope you're okay now or getting better.
Quote cikyahvogue 23-2-2023 05:28 PM
nena9042 replied at 23-2-2023 05:13 PM
Sebab tak kena batang hidung sendiri, tu ringan je mulut diorang. Jenis takde rasa empati dalam di ...

I preggy sekarang tp setiap kali i masuk toilet i still trauma u. Tp i still boleh kawal. Betul u cakap tu, lepastu bila i preggy ni i byk rest sebab i xnk jadi benda yg sama tetap ada yg mengata ckp i ni manja
Quote rayna_raynes 23-2-2023 05:29 PM
Kilian replied at 23-2-2023 04:57 PM
Kaka, dp kakak tu siapa nama dia eh?

Hael Husaini.

Quote rayna_raynes 23-2-2023 05:31 PM
akuHavocczz replied at 23-2-2023 04:55 PM
sama case macam "we were together".. Ni tak faham "we had baby"

kan. Boleh pulak ucap tahniah. Gila agaknya

Quote rayna_raynes 23-2-2023 05:32 PM
azimodin replied at 23-2-2023 04:51 PM
Benda ni memang jadi ya. Masa iouls kehilangan anak ramai je cakap tahniah & "cemburu" sebab dapat  ...

iols tak paham dengan obsesi org melayu dengan 'anak syurga'. Dia ingat tu free ticket ke? Sesedap mulut kata cemburu la apa la. Yg mak bapak kena depression lepas hilang anak tak pulak dia cemburu, siap ckp 'mintak dijauhkan'

Quote rayna_raynes 23-2-2023 05:34 PM
cikyahvogue replied at 23-2-2023 05:00 PM
Iols masa gugur last 2 years org ckp takpe anak syurga. Iols depress sampai berbulan-bulan dorang  ...

hugs semoga uols kuat terus, diberikan kelapangan hati dan ketenangan jiwa. iols pun pernah anak meninggal. sampai skrg iols tak melawat org baru beranak/ berpantang walaupun dh ada anak lain

Quote _blackbird 23-2-2023 05:42 PM
azimodin replied at 23-2-2023 08:51 AM
Benda ni memang jadi ya. Masa iouls kehilangan anak ramai je cakap tahniah & "cemburu" sebab dapat  ...

sebab tu jgn byk sgt bercerita hal / musibah peribadi kat org, tak perlu tagih simpati dari sesiapa, because most of them didnt care
Quote dudaberhias 23-2-2023 05:45 PM
walaupun who is yuhhh kaka nak ucapkan salam takziah... semoga ada rezeki dan di gantikan dengan yang lebih baik.... kuatkan semangat...
Quote MsIda 23-2-2023 06:07 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote azimodin 23-2-2023 06:07 PM
_blackbird replied at 23-2-2023 05:42 PM
sebab tu jgn byk sgt bercerita hal / musibah peribadi kat org, tak perlu tagih simpati dari sesiap ...

Kalau kita x bercerita pon orang tahu jugak sebab orang sekeliling bukak mulut. Xkan la nak selotape mulut family & jiran tetangga kan.
Quote _blackbird 23-2-2023 06:16 PM
azimodin replied at 23-2-2023 10:07 AM
Kalau kita x bercerita pon orang tahu jugak sebab orang sekeliling bukak mulut. Xkan la nak selota ...

bercerita dengan jiran ke. cerita dengan 1st tier fam boleh control lagi mulut diorg just pesan je takyah kecoh2. kalau cerita kat sedara second tier makcik pakcik sepupu mmg habis la diorg menceceh

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.056403 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top