Azlee Abd Aziz yang sebelum ini dituduh tidak bertanggungjawab kerana enggan mengazankan dan mendaftarkan nama anaknya yang baru lahir. Tampil membela diri, Azlee yang lebih dikenali sebagai Boss Kay di TikTok berkata dia telah hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuantan, Pahang, pada Khamis untuk urusan pendaftaran nama anak lelakinya yang lahir pada Jamuari lalu.
Malah dia berkongsi video menunjukkan dirinya berada di pejabat JPN dan memalumkan urusan mendaftarkan nama anaknya telah selesai. "Alhamdulillah proses pendaftaran nama Arumi telah selesai, saya dah bagi kerjasama kepada JPN. Cuma satu pesanan saya kepada tuan-tuan dan puan-puan jangan sesekali buat keputusan di saat overthinking dan jangan rakam apa-apa content dalam kaunter kerajaan. "Boleh dikenakan hukuman ya, hati-hati," katanya menerusi video itu, menunjukkan dia berada di Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, JPN negeri Pahang. Boss Kay juga mendakwa fitnah yang dilemparkan kepada dirinya adalah berpunca daripada penyakit yang dihidapi isterinya Norsufia Johari. Norsufia atau lebih dikenali sebagai Cik Pia juga merupakan personaliti media sosial dan dikatakan berdepan masalah kesihatan mental sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.
"Kejadiannya macam ni, saya berdepan dengan isteri yang ada ganggun mental. Bila sakit menyerang sepanjang mengandung dia tak makan ubat. Dia tak boleh terima dia ada masalah ini sedangkan dia sendiri tulis mengenai masalah kesihatannya di Facebook pada tahun 2021. "Apabila sakitnya datang, saya diugut setiap hari. Dia juga ada bipolar. Bila dia amuk, dia tuduh saya pukul dia sedangkan saya tenangkan dia. Jadi apabila berlaku kejadian demi kejadian, saya jauhkan diri (supaya wanita itu tenang)," dakwanya. TikTok Guru itu berkata mereka tidak tinggal sebumbung sekitar November tahun lalu kerana masalah berkenaan. "Contoh saya kat pejabat, dia hubungi suruh balik. Jarak perjalanan rumah dengan pejabat dalam 30 ke 40 minit. Bila balik rumah, dia kata dah baik (penyakitnya). Saya kena banyak kali sampai nyaris nak kemalangan. Untuk rekod, kisah rumah tangga mereka mula menjadi perhatian apabila Cik Pia mendedahkan suaminya enggan mengazankan anak mereka yang baharu dilahirkan. Kisah itu bertambah hangat apabila si isteri mendakwa suaminya juga tidak mahu memberi kerjasama untuk mendatarkan nama si kecil itu di JPN. Mengulas lebih lanjut isu pendaftaran nama anak mereka, Boss Kay menempelak netizen yang banyak mengecamnya tanpa mengetahui hal sebenar. Kata Boss Kay, memandangkan dia masih mempunyai masa mendaftarkan nama anak kerana tempoh yang ditetapkan JPN ialah 60 hari. "Saya bukan tak nak daftar, tapi dia (isteri) tak jawab call saya. Sebab saya minta dokumen, minta untuk hantar ke pejabat tapi dia tak bagi kerjasama. Sekarang ni (pagi Khamis) baru keluar JPN selepas selesaikan dokumen. "Nak daftar nama anak tak ada masalah cuma menanti waktu tak sibuk. "Lagipun belum sampai 60 hari tempoh pendaftaran. Jadi saya rasa netizen menafikan hak saya sebagai bapa, sebab hak saya 60 hari. Kalau lepas tempoh sekali pun, denda baru RM10. Kad pengenalan saya dah bagi, mereka akan key in dan sijil akan diserahkan kepada ibu. "Kena tunggu ibu selesai. Sebab tadi dia kat JPN Putrajaya, saya dekat JPN Kuantan. Dah settle, tinggal nak ambil saja," ujarnya lagi. Akhir bicara, Boss Kay turut memberi bayangan tentang perjalanan rumah tangga mereka, namun menunggu waktu yang sesuai untuk membincangkan isu tersebut bersama Cik Pia. "Pesanan saya pada dia, sepatutnya kalau nak saya balik ke rumah, buat la content baik-baik, bukan hina dan fitnah saya." Cik Pia pernah bercerita mengenai masalah gangguan mental yang dihadapinya menerusi posting di Facebook bertarikh 23 April 2021. Dalam posting itu, Cik Pia berkata dia mengalami depresi teruk serta berdepan bipolar disorder akibat perceraian terdahulu serta bisnes yang jatuh merudum. -CARI
|
sue_liah replied at 23-2-2023 05:21 PM
haram aku tk kenal 2 manusia ni
ADVERTISEMENT