CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6825|Reply: 62

Enggan Azan Dan Daftar Nama Anak- Boss Kay Dakwa Isteri Ada Gangguan Mental, Suka Amuk, Mengugut, Ada Bipolar

[Copy link]
Post time 23-2-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Azlee Abd Aziz yang sebelum ini dituduh tidak bertanggungjawab kerana enggan mengazankan dan mendaftarkan nama anaknya yang baru lahir.


Tampil membela diri, Azlee yang lebih dikenali sebagai Boss Kay di TikTok berkata dia telah hadir ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Kuantan, Pahang, pada Khamis untuk urusan pendaftaran nama anak lelakinya yang lahir pada Jamuari lalu.


Malah dia berkongsi video menunjukkan dirinya berada di pejabat JPN dan memalumkan urusan mendaftarkan nama anaknya telah selesai.


"Alhamdulillah proses pendaftaran nama Arumi telah selesai, saya dah bagi kerjasama kepada JPN. Cuma satu pesanan saya kepada tuan-tuan dan puan-puan jangan sesekali buat keputusan di saat overthinking dan jangan rakam apa-apa content dalam kaunter kerajaan.


"Boleh dikenakan hukuman ya, hati-hati," katanya menerusi video itu, menunjukkan dia berada di Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat, JPN negeri Pahang.


Boss Kay juga mendakwa fitnah yang dilemparkan kepada dirinya adalah berpunca daripada penyakit yang dihidapi isterinya Norsufia Johari.


Norsufia atau lebih dikenali sebagai Cik Pia juga merupakan personaliti media sosial dan dikatakan berdepan masalah kesihatan mental sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.


"Kejadiannya macam ni, saya berdepan dengan isteri yang ada ganggun mental. Bila sakit menyerang sepanjang mengandung dia tak makan ubat. Dia tak boleh terima dia ada masalah ini sedangkan dia sendiri tulis mengenai masalah kesihatannya di Facebook pada tahun 2021.


"Apabila sakitnya datang, saya diugut setiap hari. Dia juga ada bipolar. Bila dia amuk, dia tuduh saya pukul dia sedangkan saya tenangkan dia. Jadi apabila berlaku kejadian demi kejadian, saya jauhkan diri (supaya wanita itu tenang)," dakwanya.


Foto: mStar




TikTok Guru itu berkata mereka tidak tinggal sebumbung sekitar November tahun lalu kerana masalah berkenaan.


"Contoh saya kat pejabat, dia hubungi suruh balik. Jarak perjalanan rumah dengan pejabat dalam 30 ke 40 minit. Bila balik rumah, dia kata dah baik (penyakitnya). Saya kena banyak kali sampai nyaris nak kemalangan.


Untuk rekod, kisah rumah tangga mereka mula menjadi perhatian apabila Cik Pia mendedahkan suaminya enggan mengazankan anak mereka yang baharu dilahirkan.







Kisah itu bertambah hangat apabila si isteri mendakwa suaminya juga tidak mahu memberi kerjasama untuk mendatarkan nama si kecil itu di JPN.


Mengulas lebih lanjut isu pendaftaran nama anak mereka, Boss Kay menempelak netizen yang banyak mengecamnya tanpa mengetahui hal sebenar.


Kata Boss Kay, memandangkan dia masih mempunyai masa mendaftarkan nama anak kerana tempoh yang ditetapkan JPN ialah 60 hari.


"Saya bukan tak nak daftar, tapi dia (isteri) tak jawab call saya. Sebab saya minta dokumen, minta untuk hantar ke pejabat tapi dia tak bagi kerjasama. Sekarang ni (pagi Khamis) baru keluar JPN selepas selesaikan dokumen.


"Nak daftar nama anak tak ada masalah cuma menanti waktu tak sibuk.


"Lagipun belum sampai 60 hari tempoh pendaftaran. Jadi saya rasa netizen menafikan hak saya sebagai bapa, sebab hak saya 60 hari. Kalau lepas tempoh sekali pun, denda baru RM10. Kad pengenalan saya dah bagi, mereka akan key in dan sijil akan diserahkan kepada ibu.


"Kena tunggu ibu selesai. Sebab tadi dia kat JPN Putrajaya, saya dekat JPN Kuantan. Dah settle, tinggal nak ambil saja," ujarnya lagi.










Akhir bicara, Boss Kay turut memberi bayangan tentang perjalanan rumah tangga mereka, namun menunggu waktu yang sesuai untuk membincangkan isu tersebut bersama Cik Pia.


"esanan saya pada dia, sepatutnya kalau nak saya balik ke rumah, buat la content baik-baik, bukan hina dan fitnah saya."


Cik Pia pernah bercerita mengenai masalah gangguan mental yang dihadapinya menerusi posting di Facebook bertarikh 23 April 2021.


Dalam posting itu, Cik Pia berkata dia mengalami depresi teruk serta berdepan bipolar disorder akibat perceraian terdahulu serta bisnes yang jatuh merudum. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yp baby lahir dia x jenguk ke?marah dgn isteri sekalipon anak2 jenguk la...mana la isteri tu x overthinking.konon nk suruh isteri brtenang,tp xdijenguk org tu brsalin.mmg ler hangin 24jam isterinya tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 04:42 PM | Show all posts
Kalau bini tu mental, kau pulak p berkepit ngan betina lain? Patut tolong bini jaga baby, jaga bini tengah pantang..kan tak pasal bini tu kena post partum depression
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
apesal nama dia boss kay?
sape dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 04:45 PM | Show all posts
Yang sebarkan dan buat content kan bini dia, yang si laki tu nak menempelak netizen kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 04:52 PM | Show all posts
iTULAH CUOLLS meollss dah bagitau dulu eh tercaps lock, jadi influenza dan tiktokers ni hujung2 sakit mental taww.. ekekeke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah tahu wife ada mental health prob, seek help lah kot. Bukan menggalakkan wife pregnant, tambah anak. Common sense kot bro. Skrg ni kau sendiri pun tak boleh handle. Lepas tu baby, wife yg tak berapa nak sihat kena urus semua. Tak ke menambahkan stress. Pastu ko senang2 menjauhkan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama je laki bini dua2 x berapa betul. Yg bini tu masa anak sorang dulu laki dah buat perangai tapi tetap jugak terima sampai dapat anak kedua. Bini dia suka guna media sosial buat content ayat2 sedih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 05:00 PM | Show all posts
Kalau wife mental pun ko kena la support supaya dia tak melarat. Lagilah tengah pantang..takut meroyan je. Ko sesama buat anak so pls la sesama jaga anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 05:01 PM | Show all posts
pernah je jumpa pompuan gini..depan org cakap kemain lembut, dia lah terpaling baik, terpaling segala..tapi pukul laki..pasti play victim...yiih
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 05:21 PM | Show all posts
haram aku tk kenal 2 manusia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 05:36 PM | Show all posts
bg aku kalau dpt pasangan gila / masalah mental takda masalah nak bawa haluan masing, cari bahagia sendiri cuma buat la dengan cara yg betul. bukan bila suka dtg bila ada masalah lari.

kalau takda masalah jiwa pon, kalau dah tak suka bgtau je dengan berani & jujur. kalau partner in denial tu masalah dia, hati tak boleh dipaksa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape kene mengene bini cmtu ngn anak
G je daftar anak
Bkn nye bini ko nk menggila kt jpn plk
Bodo nye lelaki dayus cmnie
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sue_liah replied at 23-2-2023 05:21 PM
haram aku tk kenal 2 manusia ni

Laki nye jual ai lio jgk
Kt tiktok sane
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya jantan tak guna kat tiktok..buruk serba serbi pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
alasan jantan tagune ..ank2 tu ttp ank ko bodo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Kuantan ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis ke ni Saiful? Dah kenapa porom gosip tempatan makin lama makin bangang contentnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko pon sewel..org tu bertarung nyawa beranak xkan xde perasaan risau, gusar nk melawat tgk ke ape ... Boleh plak buat live bagai.. tololwer pun sama bingai. Ehhh nyirap!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan senang nak hadap orang sakit mental. Laki nya dah trauma lah tuh. Tapi tanggungjawab kena buatlah , kena hadap jugak lah krisis bipolar bini tuh. Kang anak yang jadi mangsa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.044475 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list