CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Namie Tak Menyesal Langung Tinggalkan Kerjaya Guru "Stress Mengajar Sampai Hilang Mood"

23-2-2023 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7828| Komen: 87

Namie mengaku keputusan meninggalkan profesion sebagai guru sejak Mac tahun lalu adalah pilihan tepat bagi memberi fokus kepada kerjaya seni.  

Namie,27, atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin berkata, karier sebagai guru hari ini amat mencabar selain tidak menafikan dirinya pernah terbawa-bawa emosi hingga ke rumah. 


Foto: IG

"Tiada istilah lebih baik bergelar guru saja selepas memilih jalan (dunia seni)  ini. Bagi yang masih berkhidmat mereka adalah seorang 'fighter', saya tidak mampu melakukannya. 

"Kerjaya sebagai guru ini amat mencabar selain mahu menjaga kesihatan mental. Tambah pula, saya mempunyai isteri dan anak.

"Saya terpaksa jujur di sini apabila saya pernah terbawa-bawa tekanan yang dihadapi seperti hilang 'mood' di rumah, sukar tidur dan macam-macam lagi. Jadi lebih baik saya meninggalkan berbanding kekal berkhidmat sebagai guru,"katanya kepada Harian Metro. 



Menurut Namie, biarpun kerjaya guru menawarkan gaji tetap selain memiliki skim pencen pada hari tua namun dia tidak menyesal dengan keputusannya itu. 

"Kalau saya rasa menyesal maknanya saya salah membuat keputusan. Cuma saya anggap segala apa yang sudah ditentukan adalah satu ujian.



 

"Diberikan rezeki yang berganda juga adalah satu ujian untuk melihat seseorang itu akan lupa diri atau sebaliknya. 


"Jadi untuk rasa menyesal itu tiada. Sehingga hari ini saya masih menghubungi rakan-rakan guru serta anak murid saya. Malah mereka juga selalu masuk 'live' saya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 23-2-2023 03:48 PM
Ikot ko lerrr..
Jadi retis ni mcm sabut.
Xtenggelam,ko timbul.
Kalo timbul leh idop mcm nabilah razali.
Kalo tenggelam jgn merempan,jgn crowdfunding hokeh.
Quote Kurex 23-2-2023 03:50 PM
Lepas tu meratap hiba bila takde job. Jadi retis ni bukan semua boleh berjaya. Tapi lantak kau la. Bukannya kau helok pun sampai iols nak kena bagi nasihat & bersimpati
Quote hyie 23-2-2023 03:51 PM
heshe bukan ke opsyen muzik? pastu mengajar muzik jugak. Atau kena ajar subjek lain? PJ? cikgu muzik iols dulu kena ajar pj pastu kelab pancaragam, tetiap petang kena train murid berlatih, setiap isnin perhimpunan kena perform. Gitoohhhhh
Quote slyfynx 23-2-2023 03:51 PM
Look back to these answers later ye Namie.
Quote SherryZass 23-2-2023 04:04 PM
Lantak kau la noks. Time sendu dan tiada siapa nak bagi jobs kat heolls nanti, sila baca balik kata-kata chuolls inehh yach.
Quote prince_marhaen 23-2-2023 04:07 PM
...saya pernah terbawa-bawa tekanan yang dihadapi seperti hilang 'mood' di rumah...


kau ajar muzik budak sekolah rendah je nyehhhhhhhhhhh....apooo sampai terbawak-bawakkkk..... cakap je la lorat nk jadi artis... sementara laku, job banyak... lepas ni takyah meratap ye... since nak menjual rupa pun emmm.... tinggi pun...emmm... kita dah ada Bell Ngasri cukup dah ye..

Quote hannan_rayyan 23-2-2023 04:07 PM
memang tak sesuai lah tu jadi cikgu, cara dia cakap macam dia kurang kesabaran dan cepat  beremosi orangnya
Quote Selubung 23-2-2023 04:14 PM
Ikut ko.. kalau tak rasa nak jadi cikgu tak yah jadi cikgu nnti kesian ke anak murid. Teringat pulak meols ada cikgu berhenti kerja sbb nk jual nangka/cempedak. Kaya dh cikgu tu skrg tp cg tu atleast dh lama jadi cikgu jd rasanya dpt la kot duit pencen
Quote Bumbu 23-2-2023 04:28 PM
Cikgu dulu tak sama dgn cikgu skg. Jd, aku taknak judge dia knp dia sggup brenti jd cikgu sbb kwn iols cikgu dia pn dah brenti jd cikgu. Smentara laku ni elok smpan duit byk2 utk hari tua.
Quote sleepandream 23-2-2023 04:31 PM
tapi on positive side, kalau passion mengajar tu dah takde tapi still jadi cikgu sbb nakkan pencen dan gaji tetap, yg rugi student2 la... nanti ajar pun ikhlas tak ikhlas je... tau cukup bulan gaji masuk....

iols syak dia stress sbb cikgu laki selalu kene buat mcm2 keje kalau ada event ke pertandingan ke.. especially kalau bilangan cikgu lelaki ciput je dalam sekolah tu... yela cikgu pompuan mana larat nak angkat benda2 berat... pastu ada yg pregnant la apa la...
Quote dudaberhias 23-2-2023 04:35 PM
ok la tu... tak semua orang boleh jadi cikgu, kalau rasa tak suka jadi cikgu kalau boleh berhenti je, tak payah lah hadap duit pencen ke gaji bulanan... sebab kerjaya guru ni kena betul2 layak dan ada passion... tak pasal2 budak2 boleh trauma bila ada guru haukkkk dan toxic...

tapi kalau ko nak jadi kerani gomen ke apa kaka ok... jadi cikgu je please please hanya jadi bila kau rasa layak.. kalau hadap gaji je memang tak boleh... sebab jadi cikgu ni mendidik generasi akan datang jadi banyak yang perlu kita korbankan...
Quote kotakominami 23-2-2023 04:49 PM
Aik dia cikgu muzik saje kan.mcm mane boleh stress gitu?..ke cikgu akaun
Quote lifeline 23-2-2023 05:03 PM
iols rasa rugi ya dia berenti cikgu
skrng mmg la tgh ada nama
tu pon dah nk sendu sendu dah ni
fyp iols pon dah lama x naik vid dia
rugi namee oi rugiiiiiii
Quote Fafaaisa 23-2-2023 05:22 PM
Ramai yg kata dia kelakar. Ke aku je rasa dia ni tak kelakar pn
Quote bondeh 23-2-2023 05:38 PM
Haritu tengok ig story si Namie & bininya join pasangan sensasi Fad Bocey & bini rempit dia. Aduhaiiii memang betul2 kampung ya dorang nih. Daging wagyu dia tulis daging wahyu. Ingatkan typo lah kan sebab g & h sebelah2, tapi semua caption kat ig story ditulisnya wahyu. Yelah kan marhaen tibah jadi mewah, auto makan makanan mahal walau sebutan tak betul.

Tiberrrr
Quote imanjannah 23-2-2023 05:51 PM
baguslah dia thu apa yg dia nk dlm hidup, buat apa dia nk seksa diri dia.. rezeki dia d masa depan, tahu la dia mcm mna nk urus klu itu jln yg dia pilih
Quote botol_tritan 23-2-2023 05:52 PM
Yg i tau, kebanyakan cikgu ni stress jadi cikgu bukan sebab mengajar. Tapi sebab kerja2 ‘bukan hakiki’ mcm hias bilik darjah, bawak student pergi pertandingan (guna kereta sendiri), organize hari sukan, layan mak bapak bnyk songeh kat group kelas, etc. tu yg ramai stress, end up x focus mengajar. Dah x sempat habiskan silibus, kena complaint pulak dgn mak bapak. Kesian jugak la actually. Tapi dah si namie ni happy dgn hidup dia sekarang, berhenti jela. Kang stress boleh jejaskan mental health pulak.

Teringat ada sorang forumer kat sini yg berhenti jadi cikgu jugak. N dia happy dgn decision dia, which is good for her.
Quote samshik 23-2-2023 06:43 PM
Nnt jgn ludah n jilat balik.. Dunia ni kejap je allah nak bg cash.. Beringat dik... Kat mesia ni blh kira ngan jari retis yang terjamin masa tua nyer...
Quote Lentera 23-2-2023 07:34 PM
Elehhhh ajo muzik pun beria nak stress? Tu belum kena ajo bi, math. Entah mcm mana agaknya level stress dia. Mau sewel terus

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.043344 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top