Jakarta: Geniusnya seorang lelaki di Indonesia yang mencipta rekod apabila memiliki 40 ijazah berbanding 32 sebelum ini. Media tempatan Indonesia melaporkan, Welin Kusuma dianugerahkan rekod itu pada 2012 oleh Muzium Rekod Indonesia (Muri).
Lelaki berusia 41 tahun itu kini dalam proses menuntut ijazah ke-41 dalam bidang Sains Perpustakaan di Universiti Terbuka Surabaya. Daripada 40 ijazah yang diperoleh, 12 adalah ijazah sarjana muda, tiga ijazah sarjana dan 25 ijazah profesional, merangkumi kursus undang-undang, ekonomi dan seni, lapor Trans TV Official. Menurut Welin yang menetap di Surabaya, minatnya untuk terus belajar bermula sejak di bangku sekolah menengah. Selain kursus tradisional, Welin juga mengikuti kursus lain seperti komputer, perakaunan dan Bahasa Inggeris. Menariknya, Welin pernah menyambung pengajian dalam lima ijazah sarjana muda secara serentak.
Ketika itu, Welin mengambil jurusan Kejuruteraan Industri di Universiti Surabaya: Pengurusan Ekonomi di STIE Urip Sumoharjo, Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka, Undang-undang di Universiti Airlangga dan Kejuruteraan Informatik di Kolej Kejuruteraan Surabaya. Welin menghabiskan 15 jam setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 10 malam termasuk hujung minggu untuk belajar. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Nham22 replied at 23-2-2023 05:40 PM
Ade firm sendirik ni... Gile rajin betol belajar...
ctaz replied at 23-2-2023 03:42 PM
last2 dtg ke malaysia.....
jadi pekerja binaan
plywood replied at 23-2-2023 12:35 PM
hebat orang ni. ..
Apabila nama lengkapnya ditulis dengan seluruh gelarnya, kurang lebih mungkin a ...
ADVERTISEMENT