CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Hindu Hafal Beberapa Surah Sejak Kecil, Pengasuh Tak Pernah Paksa

23-2-2023 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2222| Komen: 18

Seorang gadis beragama Hindu menjadi tular apabila membaca beberapa surah daripada kitab suci al-Quran menerusi live di TikTok.

Divya Darshini yang tular selepas membaca surah An-Nas, termasuk sebahagian ayat Kursi secara live berkata kepada mStar, dia sudah menghafal beberapa surah al-Quran sejak usianya seawal lima tahun.



mStar

"Saya boleh hafal beberapa surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-Nas dan Yasin. Saya juga boleh baca doa makan.

"Kalau alif, ba, ta tu boleh ingat sikit-sikit. Tapi kalau saya tengok huruf (jawi) tu saya boleh kenal dan sebut satu-satu," katanya ketika dihubungi mStar.

Katanya, dia tertarik untuk mendalaminya ketika dijaga pengasuh beragama Islam di Kuala Lumpur sehingga usianya 16 tahun.

"Pengasuh saya orang Islam, dia selalu ajar anak-anak orang yang dijaganya iaitu Iqra dan baca al-Quran. Kesemua mereka beragama Islam.


"Pada mulanya, saya hanya dengar mereka belajar. Lama-kelamaan saya tertarik dan ikut belajar. Pengasuh tak pernah paksa, saya sendiri yang sukarela," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.



Bukan itu sahaja, Divya, 27, turut mengikuti terjemahannya bagi mengetahui maksud bacaan.

Anak sulung dari tujuh beradik itu, yang kini menetap di Rawang, Selangor tidak menyangka masih mengingati surah-surah tersebut kerana lebih sedekad tidak membacanya.

"Dah lebih 10 tahun, saya pun tak tahu macam mana masih boleh hafal sehingga ke hari ini. Sebenarnya, saya ini seorang yang pelupa.

"Kadang-kadang selalu tertinggal atau tercicir barang, dan ibu atau adik-adik kena ingatkan. Mungkin kerana surah-surah ini too deep (terlalu mendalam) buat saya," tambahnya.

Semasa diasuh penjaganya yang mesra dipanggil Kak Ida, Divya turut diperdengarkan dengan kisah nabi-nabi dan berpuasa di bulan Ramadan.

Katanya, dia juga pernah berpuasa sebulan penuh, namun kemudian mengalami gastrik. Jadi, tahun-tahun berikutnya Divya tetap ikut berpuasa walaupun tidak cukup sebulan.



"Bagi saya, mana-mana agama ada Tuhan yang satu. Sebelum saya belajar (al-Quran), saya kena belajar agama saya dahulu iaitu Hindu.

"Kita kena menghormati agama dan kepercayaan masing-masing. Apabila kita hormat, bukannya kita kena sembah Tuhan lain.

"Terima kasih kepada mereka yang mendoakan saya semoga mendapat hidayah. Bagi saya, hidayah adalah milik Tuhan dan biarlah Tuhan yang menentukan," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 23-2-2023 03:28 PM
Lawa budak ni.

Quote vanillaninja 23-2-2023 03:45 PM
Masa I view video ni I terus rasa sheols cantik.
Quote Carcosa 23-2-2023 09:35 PM
Lawanya awakkkkk
Quote makita 23-2-2023 10:37 PM
Bagusnya pengasuh mcm ni. Sampai bdk2 ni tua kekal pahala pengasuh ni dpt. Mcm ustaz ngaji ank meols lepas abes ngaji dia train ank meols hafazan surah2 pendek al mulk al baqarah suma. Mmg bonus lah.
Quote Burong_Hantuk 23-2-2023 10:43 PM
Lancar dia baca
Quote ChildrenOfBodom 23-2-2023 11:52 PM
Pergh boleh hafal yassin
Quote ChildrenOfBodom 23-2-2023 11:54 PM
Annoying tengok betina melayu lahanat tu. Cakap terjerit2 mcm sial
Quote TOPwind 24-2-2023 02:45 AM
ramai meleyu yg hafal lagu2 Hindi Korea Jepun Mandrin

tapi tak tau makna

tapi takde siapa yg terkejuk beruk

Quote Orenn1 24-2-2023 03:26 AM
ChildrenOfBodom replied at 23-2-2023 03:54 PM
Annoying tengok betina melayu lahanat tu. Cakap terjerit2 mcm sial

Itulah, nape ye budak2 pompuan melayu skrg ckp kasar tak mcm anak gadis dulu, kat socmed semua jenis kasar, mcm tak sopan, buat potong stim, ada jugak yg lembut tp jarang jumpa, tp baru ni nmpk satu vid tiktok bf bagi hadiah kat gf, gf main tarik2 cards yg tu lembut sopan, klu tak asyik nampak yg jenis ckp mcm ni lah n satu lg lg budak pompuan utara tu yg supermarket tak tolong hantar brg ke kereta, cara ckp out sungguh.
Quote FlexyFox 24-2-2023 07:59 AM
Orenn1 replied at 24-2-2023 03:26 AM
Itulah, nape ye budak2 pompuan melayu skrg ckp kasar tak mcm anak gadis dulu, kat socmed semua jen ...

I pun terfikir cam tu. Tapi kut yg hanya buat video2 dan tik tok ni yg percakapannya kasar dan tak malu? Wallahualam. Tak tahulah...  manusia dah makin kurang sifat malunya. Tak da beza buh tudung dan tak tudung. Tudung kepala tidak dpt melindungi sifat sebenar seseorang. jgn tetipu dgn tudung ya... hehehe..
Quote n3ar 24-2-2023 08:38 AM
biasa, ada kes mak ayah yg suruh belajar..aku pun tak tahu utk apa... member amoi cina masa sekolah rendah dulu hafal al fatihah, dan a few surah lain....
Quote FlexyFox 24-2-2023 09:00 AM
      Aku tak hairan dan terkejut pun dia boleh hafal surah2 tu. Kalau hafal satu Quran, aku terkejut lah. Kalau kita dilatih atau belajar sendiri sesuatu, boleh ja kita buat perkara tu. Ada je theologian bukan Islam kat uni aku dulu hafal surah2 quran dan tahu isi kandungannya.
       Mcm forumer atas ada sebut, ada jer orang Melayu nyanyi lagu bahasa lain, biasa jer. Biasalah ... orang kita...

      
Quote cik_ingeniare 24-2-2023 09:19 AM
lancar bacaan dia & cantiknya dia meols pun pernah ada seorang kawan masa sekolah menengah dulu yang beragama kristian, setiap kali kitaorang baca doa belajar, dia pun tadah tangan ikut baca sama. Alhamdulillah, dia pun dah selamat menjadi seorang muslimah
Quote FlexyFox 24-2-2023 12:22 PM
cik_ingeniare replied at 24-2-2023 09:19 AM
lancar bacaan dia & cantiknya dia meols pun pernah ada seorang kawan masa sekolah menengah  ...

Untung dia terpilih dpt hidayah. Mcm2 cerita org terbuka hati masuk Islam.  Dan yg keluar Islam pun ramai juga.
Quote Orenn1 24-2-2023 02:03 PM
FlexyFox replied at 23-2-2023 11:59 PM
I pun terfikir cam tu. Tapi kut yg hanya buat video2 dan tik tok ni yg percakapannya kasar dan tak ...

Tak jugak, ada jugk yg lembut sopan sbb pnh nampak tp maybe sbb ramai yg jenis cakap kasar tak malu mcm ni tu yg rasa ramai anak dara skrg cakap kasar tak malu, tak mcm nak dara dulu sopan lembut. Aku ni baru buat fake tiktok account sbb just nak cari idea pasal flash cards tp tgk2 jugaklah tiktok org msia. Yg pompuan lembut sopan pun ada, ada sorg ni nama fasya ap ntah dia lembut sopan suka menari lagi bukan menari mak inang tu menari style zmn skrg tp masih nampak sopan n lembut, tgk bukannya tak blh nak buat benda yg kita minat cuma cara pembawakan diri tu mcm mana, ada satu lg bf buat surprise bwk gf shopping nak bagi hadiah, main suruh pilih2 cards hadiah apa gf dapat, yg tu pun nmpk lembut sopan reaction dia, takdelah over acting menangis menjeritt drama bagaiii. Cuma itulah yg sopan2 lembut ni kena cari dlm beribu2 anak dara yg tak sopan. Kebanyakan cara bercakap tu mmg out, dah nampak kasar tak sopan
Quote namr 24-2-2023 02:14 PM
ex housemate aku non muslim pun boleh baca al fatihah elok.. and ada jua org islam takley baca fatihah dgn betul..mmg betul terbalik dunia nak kiamat kah
Quote Simunggu 24-2-2023 02:27 PM
salah satu mujizat Al-Quran adalah boleh & senang org hafal supaya kekal selamanya dgn manusia walaupun Quran bertulis sudah tiada di dunia...
Quote epullipan 24-2-2023 04:18 PM
lawa budak ni

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.095180 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top