CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terpaksa Pakai Baju Bapa, Baru Berusia 10 Bulan Tapi Berat 27kg

23-2-2023 03:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3344| Komen: 29

Jakarta: Usia seorang bayi lelaki di Indonesia baru berusia 10 bulan, namun beratnya mencecah 27 kilogram (kg).

The Sun melaporkan, berikutan itu, Muhammad Kenzi Alfaro terpaksa dipakaikan dengan baju bapanya.


Bukan setakat itu, Muhammad Kenzi hanya muat memakai lampin bersaiz 3XL.


Foto: Agensi

Rakaman video bayi itu tular ketika ibunya membantunya duduk di rumah mereka di Bandung, Indonesia.

Pitriah berkata, badan Muhammad Kenzi terlalu besar sehingga kereta sorong bayi tidak cukup kuat untuk menampungnya.

Muhammad Kenzi masih belum boleh duduk atau berdiri sendiri kerana usianya yang masih muda, tetapi terus membesar.

Bayi itu dikatakan sudah muat memakai baju bapanya yang berusia 41 tahun.

"Badan ayahnya juga kecil. Pakaian ayah hanya muat untuknya, kadang-kadang juga dipakai pada anak saya," katanya.


Pitriah berkata, lampin yang mereka beli untuk Muhammad Kenzi tidak 'cukup kuat', jadi mereka menggunakannya ketika bayi itu tidur pada waktu malam untuk menjimatkan wang.

Menurut Pitriah, tidak banyak produk lampin bersaiz 3XL dijual di bandar mereka, jadi Muhammad Kenzi terpaksa memakai lampin bersaiz 2XL, namun lampin saiz itu terlalu kecil.

"Jadi saya pakaikan (Muhammad Kenzi) dengan lampin 2XL... (kerana lampin) 3XL di kedai itu tidak ada," katanya.

Selepas meneliti berat bayi lelaki itu, pekerja kesihatan Indonesia menyediakan rawatan pesakit luar intensif kepadanya.

Muhammad Kenzi dilaporkan sedang menjalani pemeriksaan rutin di Hospital Hermina Bekasi, Jawa Barat, sebagai usaha menurunkan berat badan bayi itu.

Mengikut anggaran, Muhammad Kenzi mempunyai berat yang sama dengan purata kanak-kanak berusia lapan tahun.

Purata berat bayi 16 bulan adalah kira-kira 10 kg meletakkan Muhammad Kenzi 17 kg lebih berat berbanding bayi seusianya. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 23-2-2023 03:48 PM
Wow, mak awak bagi awak makan apa dek? Bubur wagyu?
Quote vanillaninja 23-2-2023 03:52 PM
Ada penyakit apa2 ke baby ni?
Quote tripleid 23-2-2023 04:46 PM
Dah mcm logo brand tayar kau dekk..
Quote d_anne04 23-2-2023 05:05 PM
kesian tengok.....
Quote dani-rox 23-2-2023 05:54 PM
hamagad, kalo dah 27kg memang tak merasa didukung
Quote missyL 23-2-2023 07:28 PM
Kesian nye
Quote belilies 23-2-2023 07:37 PM
Sapalah yang tulis artikel ni. Berulang ulang aku baca pasal budak ni terpaksa pakai baju bapak dia yg berumur 41 tahun! Punca heols gemuk tak ada pula, is it genetic/penyakit/etc??????????????
Quote sukacactus 23-2-2023 07:43 PM
Xnormal budak ni
Ada gangguan hormon ke
Quote gekkou 23-2-2023 08:52 PM
nk tau punca je
menakutkan plak kecik2 dah 27kg
Quote Carcosa 23-2-2023 09:45 PM
Ni kalau baby ni kat Malaysia, harus mak2 dkt Malaysia puja puji.
Yelah, kan mak2 kat Malaysia ni suka nau kalau baby tembam2 mcm ni. Sedappp nohhh ceq buat peluq diaaaa, nih, takmoh aih anak ceq kuruih kedengkiaq, tak laluuh nih. Nak peluq ghasa tuliang. Ceq nak gomoi2 ghasa daginnn nah. Sedap.
Selfish gila mak mcm ni. Anak perempuan pulak tu. Umur 6 tahun, tapi badan Nauzubillah. Dia nak tido peluk anak lembut2 mcm bola, anak dia tak boleh kasi lose weight. Kena maintain gemuk. Tah hapa2
Quote Supersirap 23-2-2023 09:53 PM
Wow, beratnya
Quote kuzaime 23-2-2023 10:10 PM
Ada apa2 penyakit @ sebab pemakanan? Xde pulak dlm artikel dulu2 masa bawak anak checkup kat KK, pernah dngar misi bising2 marah sorang mak ni, baby dia br 7-8 bulan kalau x silap, tapi berat dah berbelas kg. Sebab maknya suap segala benda, dlm beg siap2 dah ada mcm2 jajan
Quote sue_liah 24-2-2023 08:49 AM
ada penyakit genetik ke..sian nya nak dukong pun tak larat
Quote lia98 24-2-2023 08:58 AM
Katanya mak dia bagi susu pekat manis sbb takda susu badan.
Nak beli susu formula takda duit
Quote sangbara2020 24-2-2023 09:25 AM
checkkan kencing manis...sian budak....
Quote cattiecute 24-2-2023 10:00 AM
Carcosa replied at 23-2-2023 09:45 PM
Ni kalau baby ni kat Malaysia, harus mak2 dkt Malaysia puja puji.
Yelah, kan mak2 kat Malaysia ni su ...

time kecik2 comel2 nak la peluk2 gomol2 gitu
nanti time dah besar anak dara
gemuk gitu
kena pulak pakej pemalas buat kerja
makan je kerja
memang kena sumpah seranah jugak dari maknya.  
Quote Carcosa 24-2-2023 10:31 AM
cattiecute replied at 24-2-2023 10:00 AM
time kecik2 comel2 nak la peluk2 gomol2 gitu
nanti time dah besar anak dara
gemuk gitu

Ha kannnn... Iyolah, dia tak pikir nnti self esteem anak dia camner pulak kan? Bukan lah suruh sekat makan, tapi sampai taknak anak kurus tu, mcm selfish plk bunyik nya
Quote cattiecute 24-2-2023 10:55 AM
Carcosa replied at 24-2-2023 10:31 AM
Ha kannnn... Iyolah, dia tak pikir nnti self esteem anak dia camner pulak kan? Bukan lah suruh sek ...

tambah2 time umur nak kahwin
tapi tak laku2 kononnya
mak jugak yang perli
ko ni gemuk la tak laku
kalau kurus mesti laku dah
Quote Carcosa 24-2-2023 11:10 AM
cattiecute replied at 24-2-2023 10:55 AM
tambah2 time umur nak kahwin
tapi tak laku2 kononnya
mak jugak yang perli

Tak, masalah nya mak dia pun kurus haaaa.
Dpt laki orka. Duduk rumah malatop besar nyaa.
Dia ingat, kalau anak dia besar nnti, gemuk2 gundu kepam, dpt agaknya lah orka.
Bunyik mcm harsh kan. But let's call a spade a spade.
Lainlah maybe dia ingat harta dia byk gila kot.
So kalau anak dia tak laku2, harta dia boleh turunkan ke anak dia

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.058933 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top