CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Dah Uzur, 6 Anak Tak Kerja- Hidup Daif, hanya Harap Bantuan Bulanan RM500 JKM

23-2-2023 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4715| Komen: 51

Kota Bharu: Lapan beranak dari Kampung Permatang Pusu, Melor di sini, hanya mengharapkan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja untuk kelangsungan hidup.

Bantuan bulanan RM500 itu digunakan sebaiknya oleh ketua keluarga yang uzur, Hassan Yaakob, 78, untuk kegunaannya serta isteri dan enam anak walaupun ada kalanya perlu mengikat perut.


Isterinya, Khadijah Omar, 61, berkata, walaupun semua anaknya yang berusia 19 hingga 40 tahun sudah dewasa namun mereka berdepan masalah pembelajaran, lembam dan tidak bekerja.


Foto: Harian Metro

"Daripada tujuh anak, seorang sudah berkahwin dan tinggal di Pasir Mas. Hanya dia seorang yang bekerja iaitu sebagai tukang kebun sekolah.

"Lima daripada tujuh anak keciciran pelajaran. Dua pula bersekolah di sekolah pendidikan khas iaitu Mohd Najib Hassan, berumur 21 tahun dan menamatkan persekolahan tahun lalu.


"Anak bongsu, Nur Nazirah Ayuni Hassan, berusia 19 tahun, masih bersekolah," katanya ditemui di rumahnya hari ini.

Menurut Khadijah, enam anak yang menetap dengan mereka masih bujang serta tidak bekerja kerana selain kurang bergaul, mereka juga tiada kenderaan jika ditawarkan kerja.

Kenderaan yang ada hanya sebuah basikal yang digunakan Khadijah gunakan untuk ke kedai runcit atau pasar.

Kata Khadijah, wang bantuan JKM itu digunakan untuk membeli barangan keperluan harian.

"Kami juga mencatu makanan dengan makan hanya sekali atau dua kali sehari selain menyediakan lauk ala kadar.

"Nasi berlaukkan telur masin sudah menjadi menu tetap kami jika ketiadaan wang untuk membeli lauk namun kami tetap bersyukur dengan rezeki ini walaupun sekadar telur masin.

"Kami juga membela lapan ekor itik dan ia diternak sebagai persediaan untuk kegunaan kami jika terputus lauk. Malah, ada juga penduduk kampung yang datang membeli telur," katanya yang tinggal di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Bantuan boleh disumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional di 0300941100050459 atas nama Khadijah binti Omar.

Khadijah berkata, mereka juga dibebani tunggakan bil elektrik yang mencecah RM1,500 dan buntu memikirkan bagaimana harus melangsaikannya.

Terdahulu, keluarga itu dikunjungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan yang diwakili pengerusinya, Fazliyaton Daud yang hadir menyampaikan wang zakat serta bekalan makanan.

Sementara itu, Fazliyaton berkata, pihaknya akan memasukkan keluarga berkenaan dalam senarai penerima tetap bakul makanan yang akan menerima bantuan itu setiap bulan selain cuba menyelesaikan masalah tunggakan bil elektrik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelapaparut 23-2-2023 03:27 PM
org oku lembam ni dieorg ade napsu ke x, teringat dulu kes anak datin jambul yg autisme pi ramas tetek pompuan kat restoren. jd kes polis.
Quote prince_marhaen 23-2-2023 04:23 PM
kelapaparut replied at 23-2-2023 03:27 PM
org oku lembam ni dieorg ade napsu ke x, teringat dulu kes anak datin jambul yg autisme pi ramas tet ...

meols jawab secara pengalaman ye, bukan secara klinikal, yes, diorang ada nafsu dan selalunya lagi hyper dan susah nak kawal, especially yang super sensitive macam autism, down syndrome, dll. kadang-kadang melebihi orang normal, since diorang tak boleh nak kawal alat sulit masing-masing.
sebab tu meols keji ye parents yang macam Kak Long Amazon Pulut Kuning tu yang sibuk nak kawin kan anak dia yang suka tengok pompuan seksi tu... muka pun macam pervert dah budak tu...
Quote hasniey 23-2-2023 04:43 PM
Anak2 yg sihat akal fikiran & tubuh badan tu boleh la mana2 NGO cari kan kerja.betul la diorg duit xde.kenderaan xde.kelantan peluang pekrjaan kurang.NGO2 ni bwk la diorg g kerja kilang yg ada asrama+bas sekali tu.support hidup sebulan.lepastu masing2 dah boleh tanggung keluarga.xde la mengharap duit bantuan setiap bulan
Quote isseliparjepun 23-2-2023 05:43 PM
Kesian sangat. Harap kementerian kesihatan luaskan lagi peringatan untuk setiap family perlu sedar tentang family planning, seterusnya makan vitamin yang diberikan pihak klinik kesihatan secara konsisten ketika mengandung. Anak yang sulung 40 tahun, tahun 83.
Quote iolss 23-2-2023 05:53 PM
kesiannya... semoga dipermudahkan urusan mereka ini.. mereka pon x mntk lahir mcm tu.. kt tlg mana mampu.
Quote krustykrab 23-2-2023 05:59 PM
prince_marhaen replied at 23-2-2023 04:23 PM
meols jawab secara pengalaman ye, bukan secara klinikal, yes, diorang ada nafsu dan selalunya lagi ...

Kalau org mcm ni kan..mcm mana nk control dia ek? Takut gak larang pi rogol org pulak..
Tp kalau non muslim diorg ajar suruh melancap kan.
Quote prince_marhaen 23-2-2023 06:07 PM
krustykrab replied at 23-2-2023 05:59 PM
Kalau org mcm ni kan..mcm mana nk control dia ek? Takut gak larang pi rogol org pulak..
Tp kalau n ...

Kena kontrol dengan ubat juga. Ada je ubat untuk kawal, dan kena sentiasa ambil tak boleh skip.
Tapi itulah, untuk keluarga yang kais pagi makan pagi ni payah la nak assume apa-apa walaupun ubat percuma, maybe they didn't have a privillaged nak pergi ambil di hospital.
Quote mojarean_X 23-2-2023 06:14 PM
Semoga dipermudahkan...sedihnya baru rasanya baca thread janda ada pendarahan di kepala ari tu
Quote makita 23-2-2023 07:37 PM
Meols rasa NGO ni kene hantar sorg yg pandai cucuk tanam di sekeliling umah. Ajar isi rumah ni cara hasilkan tanaman utk mkn sendiri dan kalau ada lebih boleh jual. Mmg tak mencukupi la utk hidup tp kurang2 ada lah aktiviti utk anak2 ni. Kesian. Kat area umah meols ada organisasi yg beri pekerjaan kat org2 yg lembam, autisme dan down sindrom ni. Susun2 envelop..susun straw. Ada tu mmg laju buat keje..ada tu seharian lom abes susun secekak envelop sampai petang. Tapi parents hantar bukan la utk dptkan gaji sbgai tujuan utama tapi nak dorg berdikari n ada la aktiviti. Kat umah meols ni ada kwsan umah harga berjuta. Kakak ngaji meols ni mmg org kaya la ada ank down sindrom. Rajin la dia hantar ank dia keje kt mekD ambil dan hantar suma.
Tpi tu la kat bandar kan serba serbi lengkap utk keperluan org2 mcm ni.
Quote Orix 23-2-2023 07:44 PM
kawen sesama keturunan ke ni smpi anak semua jd slow learner
Quote dua_chzy 23-2-2023 08:09 PM
kelapaparut replied at 23-2-2023 07:27 AM
org oku lembam ni dieorg ade napsu ke x, teringat dulu kes anak datin jambul yg autisme pi ramas tet ...

Normal saja nafsu mereka tu. Manusia biasa juga mereka. Cuma slow dalam pembelajaran saja. Tapi dengan bimbingan betul, boleh juga lulus SPM jika cikgu2 gigih mengajar. Yang penting lepas kemahiran asas 3M.
Quote dua_chzy 23-2-2023 08:11 PM
Aiol macam nak percaya teori antibeks pasal beksin punca macam2 penyakit mental budak2 sekarang. Vley?
Quote haruslah 23-2-2023 08:15 PM
Kesian nya
Cer bagi family ni tanah utk bertani
Maybe family dia ramai boleh kot tanam ape2 sayur buah utk tampung hidup...
Cili...terung...bendi...serai....
Quote Supersirap 23-2-2023 09:57 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan harian mereka sekeluarga
Quote vanilla_vell 23-2-2023 10:06 PM
Kalau kes oku lembam ni, lepas tu diorang bersekolah, kira memang berdaftar dengan JKM.

Banyak bantuan dapat. RM500 tu selalu untuk 1 oku je..
Tak termasuk zakat lagi
Quote vanilla_vell 23-2-2023 10:10 PM
OKU lembam ni kesian, kat kampung kiteorg ada 1 oku ni, rajin dia kerja, buat kerja-kerja kampung.

Tapi banyak laki-laki yang normal ni, duk keje nak rogol je

Ade jugak kes, oku lembam ni kerja pasaraya, balik kerja ntah mana laki datang ambil, rogol, lepas tu beranak, kerja, rogol beranak, anak JKM ambil.

Quote vanilla_vell 23-2-2023 10:11 PM
Teringat pulak cerita puteri balkis tu..kesian..
Quote eyansss 23-2-2023 11:12 PM
anak 7…

1 dah kawen
2 OKU
1 masih student

baki 3 kononnya kata tak dapat kerja sebab kurang bergaul…  alahai, adakah alasan semata2?
Quote menjad 23-2-2023 11:56 PM
Takan ler kerja kat kedai makan pun xleh buat. Kategori lembam jer.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.052295 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top