CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dirogol Abang Kandung Berusia 15 Tahun Sehingga Melahirkan Anak

23-2-2023 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4963| Komen: 50

Mahkamah Majistret Jelebu hari ini mendakwa remaja berusia 15 tahun atas tuduhan merogol adik kandungnya sendiri berusia 14 tahun sehingga melahirkan.

Utusan melaporkan, tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Norshazwani Ishak.



SEORANG remaja berusia 15 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Jelebu hari ini bagi didakwa atas tuduhan merogol adik kandungnya sendiri berusia 14 tahun sehingga melahirkan anak pada tahun lalu.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.

Berdasarkan pertuduhan pertama, pada 21 Jun hingga 30 Jun tahun lalu kira-kira pukul 11 sehingga 12 malam di sebuah rumah di Felda Gugusan Palong di Jempol, tertuduh telah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya sendiri.

Dalam pertuduhan kedua pula, dia mengulangi kesalahan sama pada waktu sama antara 1 September hingga 10 September tahun lalu.


Bagi kedua-dua pertuduhan itu, remaja berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin ahli keluarga dan mahkamah menetapkan 22 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes bagi laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mahkamah juga menetapkan syarat tambahan dengan mengarah tertuduh melaporkan diri setiap 1 hari bulan di balai polis berdekatan sehingga kes selesai serta harus tinggal berasingan dengan mangsa.

Berdasarkan fakta kes, pada 16 Disember tahun lalu kira-kira pukul 6.08 pagi, seorang pegawai perubatan menerima maklumat daripada kakitangan klinik kesihatan memaklumkan remaja perempuan berusia 14 tahun bersalin di rumah.

Pegawai perubatan yang tiba bersama kakitangan dan ambulan mendapati mangsa berada di atas katil ruang tamu dan seorang bayi lelaki cukup sifat berada di dalam besen serta keadaan bayi bersama uri masih bersambung. 

Selepas memotong tali pusat bayi tersebut, mangsa dan bayi dibawa ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke hospital. 

Difahamkan, mangsa melahirkan bayi kira-kira pukul 5 pagi di dalam bilik air dengan bantuan ibu mangsa. 

Bayi tersebut ditempatkan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi rawatan lanjut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VioletsAre_Blue 23-2-2023 01:32 PM
Baru berusia 15 tahun perogolnya. Apo la nak jadi?
Quote sukacactus 23-2-2023 01:47 PM
Apa ni???
Beza umur setahun je, patut baik la mcm kwn2
Ini.....haish!
Quote vanillaninja 23-2-2023 01:56 PM
Mak theyols chose to keep mum la pasal ni? Haih.
Quote prizadane 23-2-2023 02:00 PM
Baca news ni tadi kat fb, iols terus salahkan parents
Quote cik_ingeniare 23-2-2023 02:39 PM
sedihnya baca. apa nak jadi dengan generasi muda sekarang. yang lelaki patutnya jadi pelindung adik adik. ni kau pergi baham adik kau. lagi bertambah kesian dengan si adik & baby. future diaorang macam mana? confirm dah tak normal. nak panggil apa kat si mak nya? parents mana?
Quote _kelly 23-2-2023 03:14 PM
sedih baca cerita mcm ni..kesian kat dedua budak
ntah siapa yg salah
Quote _kelly 23-2-2023 03:16 PM
mungkin parents pun terlepas pandang
mungkin terlalu sibuk cari rezeki, anak2 tak terkawal..sekolah ke tak sekolah ke
Quote cap_ayam 23-2-2023 03:41 PM
Kesiannya baby .. mak ayah kanak2 lagi.. boleh jadi pangkat  adik
Quote KamikuP 23-2-2023 03:49 PM
Sedihnya baca cerita ni. Senang pulak beranak ye
Quote Kancilkering 23-2-2023 04:13 PM
suruh bdk perempuan tu trauma….lost sama lah emak …
Quote sharlenetexas 23-2-2023 04:15 PM
Suka sama suka ke? Tak rasa jijik ke adik2 oi?!

Quote sharlenetexas 23-2-2023 04:16 PM
_kelly replied at 23-2-2023 03:16 PM
mungkin parents pun terlepas pandang
mungkin terlalu sibuk cari rezeki, anak2 tak terkawal..sekolah  ...

Macam ada forumer cite semalam, jenis mak bapak yg serba serbi tak tahu. Anak bawah umur mengandung luar nikah dia boleh kata tak tahu.

Quote Leonclay 23-2-2023 04:21 PM
Knp fakta kes utusan & kosmo tak sama..
Bila anak2 rapat sgt..umur dekat2..tp gender berlainan.. mak bapak kena la pantau, asingkan bila dh cukup umur..
Kasih syg pasangan & adik beradik dh x dpt dibezakan [em:7:]
Quote _kelly 23-2-2023 04:22 PM
sharlenetexas replied at 23-2-2023 04:16 PM
Macam ada forumer cite semalam, jenis mak bapak yg serba serbi tak tahu. Anak bawah umur mengandun ...

laa, macam tu pulak..jenis beranak saja tak pandai bela bagi jadi org

kesian la kat budak2 tu..si abang mungkin ternampak perlakuan mak bapak sendiri atau pengaruh kawan/sosial media pastu test kat adik..mungkin dia taktahu akibat perbuatan rogol/setubuh tu..ntah la, nauzibillah
Quote JunkMail 23-2-2023 04:23 PM
Apo nak jadi Jempol ni? Semalam aku baca 3 remaja check-in hotel rogel budak 12 tahun. Hari ni abang 15 tahun rogol adik 14 tahun pulak... Mak bapak budak budak ni buat apa kat kampung tu?
Quote pp_gurl 23-2-2023 04:32 PM
bukan ke bdk skrg ni dah ada pendidikan seks kat sekolah
they should know bila buat hubungan seks blh jadi mengandung
takkan buat eksperimen plak kot
tp aku penah tgk video mak 'main' dgn anak lelaki
jijik sgt oiiiiiii
Quote pinkpunk 23-2-2023 04:54 PM
mak bapak buat apa?
Quote pinkpunk 23-2-2023 04:56 PM
mak bapak buat apa??
Quote nazzse 23-2-2023 05:19 PM
sharlenetexas replied at 23-2-2023 08:15 AM
Suka sama suka ke? Tak rasa jijik ke adik2 oi?!

I pun syak suka sama suka & saja2 nak try..
malang betul la

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.146134 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top