Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat pihak melemparkan tuduhan untuk menakut-nakutkan orang ramai terhadap penggunaan replika senjata pada Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 baru-baru ini.
Selain itu, kecaman terhadap insiden itu juga dianggap berpunca dari pengaruh Islamophobia, lapor MalaysiaGazette. “Mengapa mereka takut sangat kepada Islam? Sampai muncul Islamophobia, pelbagai tuduhan, tohmahan dan fitnah yang dilakukan. “Umat Islam bawa pedang kayu pun takut. Sedangkan musuh Islam gunakan senjata nuklear, takpa, senjata yang diharamkan oleh Islam, takpa. “Orang Islam pedang kayu pun tak boleh,” katanya ketika dalam ucapan semasa menghadiri Majlis Apresiasi dan Makan Malam Pra Satu Dekad Khidmat Malaysia di Hotel Grand Barakah di sini malam ini. Justeru, hasil naratif buruk itu, ada masyarakat yang terpengaruh.
“Malah ada yang terpengaruh masuk dalam kepala. Fahaman yang dibawa masuk oleh penjajah. Kuatnya pengaruh Islam, laksana banjir yang merentasi yang kawasan-kawasan yang diduduki manusia. Itulah pengaruh islam. “Kejayaan Islam bukan dengan senjata tetapi kerana hikmah, kerana adil dan tidak berdendam serta tidak zalim. Inilah yang menakutkan musuh-musuh Islam pada hari ini,” kata Ahli Parlimen Marang itu. Terdahulu, perarakan yang mengenakan pakaian pahlawan Islam bersama replika pedang dalam HIMPIT 2023 itu dikatakan mencetus kegusaran awam. - CARI
|
xAthenax replied at 24-2-2023 12:54 AM
Itu bukan Islam
Itu PAS!!!
You don't see nor listen to reasons!!
ChildrenOfBodom replied at 23-2-2023 11:33 PM
LOL nama hotel, Grand Barokah
stingerbumpy replied at 24-2-2023 05:53 AM
Nak menghalalkheun khalwat ...check in into this hotel....
Amannnnnn
kelana36 replied at 24-2-2023 10:05 AM
kalau kat mekah, dalam musim haji selalunya dalam satu maktab (kumpulan jemaah) akan disediakan sa ...
ADVERTISEMENT