CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Tak Ampunkan Orang Tuduh SPRM Sogok RM10 Juta' - Azam Baki

23-2-2023 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1458| Komen: 13


Seorang individu, Mohamad Shafiq Abdul Halim yang mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan RM10 juta kepada bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan ditahan.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, penahanan dibuat selepas individu berkenaan hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, petang Rabu.


MalaysiaKini

"Kita telah mengambil tindakan yang mana kita buat laporan dan buka siasatan terhadap orang ini. Semalam SPRM menahannya.

"Walaupun saya tahu dia telah membuat permohonan maaf dalam Facebook, ini satu perkara yang saya tegaskan sekali lagi saya secara peribadi tidak ampunkan orang begini yang merosakkan reputasi SPRM dengan membuat tuduhan liar,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

MalaysiaKini melaporkan, kenyataan itu mencetus spekulasi buruk terhadap SPRM sedangkan dakyah berkenaan tidak boleh dipadamkan dan masih ada rakyat mempercayai dakwaan tersebut.


"Kalau hendak cakap secara jujurnya, mana hendak cari RM10 juta dan beri kepada Wan Saiful.

"Jadi minta maaf itu saya rasa satu perkara yang sengaja dipermain-mainkan," katanya lagi.

Terdahulu, Mohamad Shafiq menerusi TikTok dan diseba di Twitter mendakwa dirinya sebagai penyelidik bebas untuk Wan Saiful, membuat tuduhan itu  sebelum menulis permohonan maaf kepada SPRM dan mendakwa telah tersilap cakap selepas laskar siber Pakatan Harapan memprovokasinya.

Video itu memaparkan seorang lelaki mendakwa RM10 juta ditawarkan SPRM kepada Wan Saiful yang juga adalah ahli Parlimen Tasek Gelugor.



Difahamkan, dia disiasat mengikut Seksyen 48 Akta SPRM 2009 kerana mengganggu siasatan berkaitan projek Jana Wibawa.

Kelmarin, Wan Saiful mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta pada tahun lalu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 23-2-2023 01:36 PM
Walaun PN dan fitnah berpisah tiada..mohon sprm saman sampai bogel
Quote akusukaq 23-2-2023 01:44 PM
Ciri ciri walaun , berani buat tp tak berani tanggung..mendapat lah ko mamat ooi, duduk lokap makan tanggung berak cangkung. Fitnah lah lagi....
Quote venom1 23-2-2023 02:43 PM
Akhir zaman. sifat Munafik dipermain-mainkan
Quote snowflakes 23-2-2023 04:31 PM
Saman la...
Quote alesandra 23-2-2023 05:54 PM
Penyelidik bebas tu menatang apa? palatao la kann?padan muka
Quote hyie 23-2-2023 06:07 PM
no komennn....yang tahu je tahu
Quote bakingsoda 23-2-2023 06:20 PM
tak memasal lak sprm nak rasuah orang yg disiasat, selalunya penyiasat yg kena sogok kan
Quote tungkai 23-2-2023 06:36 PM
Org yg dok cerita/tuduhan ni at least provide some evidence la. Ni asik main cakap2 aje. Dah kena viral or spotlight tiba2 delete account & hilang tak dikesan.. Pemenda laaa....
Quote green~tea 23-2-2023 06:59 PM
Is very tough bila berada di atas...

Better lay low sahaja yg penting duit mahsyuk halal toyyiban
Quote pengecatbintang 23-2-2023 07:08 PM
kalo benda2 mcm ni..

mosti Pee Eeh yg buat..

takkan lah Pee Een yg soci morni buat
Quote kelana36 23-2-2023 07:16 PM
Dia ingat Azam Baki tu macam PMX kot, boleh maafkan...dia try la nak buat macam Razman...

padan muka
Quote haruslah 23-2-2023 08:18 PM
Sila siasat sportrim gak
Kenapa masa dulu x siasat?
Memang siasat ni main pilih2 ke?
Dah xde kuasa baru nak siasat?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.271027 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top