CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Bini Sebelum Tikam Diri Sendiri, Pengantin Maut Tak Sempat Langsung Majlis Resepsi

23-2-2023 12:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1218| Komen: 2

Mayat suami isteri yang baru berkahwin ditemui di bilik di rumah mereka dengan kesan tikaman di badan.

Portal NDTV melaporkan, mayat kedua-duanya ditemukan sebelum resepsi perkahwinan mereka di Raipur, ibu kota Chhattisgarh, kata polis pada Rabu lalu.



Gambar hiasan

Kejadian disyaki berlaku selepas tercetus pergaduhan membabitkan pasangan berkenaan dan lelaki itu disyaki menikam isterinya hingga mati sebelum membunuh diri.

Menurut seorang pegawai, insiden lewat petang Selasa lalu itu berlaku di Brijnagar, kawasan di bawah kendalian balai polis Tikrapara, lapor Harian Metro.

Aslam, 24, dan Kahkasha Bano, 22, yang berkahwin pada Ahad dijadualkan melangsukan resepsi perkahwinan pada malam Selasa lalu.

Difahamkan, pasangan itu sedang bersiap untuk majlis itu di dalam bilik mereka sebelum ibu pengantin lelaki mendengar jeritan mempelai perempuan. Dia terus bergegas ke arah bilik bagi melihat apa sebenarnya yang berlaku.


"Bilik itu dikunci dari dalam dan ahli keluarga mengintai melalui tingkap dan kemudian mendapati pasangan itu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

"Mereka kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis," katanya.

Polis yang tiba di lokasi bergegas memecahkan pintu sebelum menemui mayat pasangan berkenaan dengan kecederaan akibat tikaman dan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Polis turut menemui sebilah pisau di tempat kejadian.

"Dipercayai, ada pertengkaran tercetus antara pasangan itu.

"Pengantin lelaki itu menyerang isterinya menggunakan pisau dan kemudian membunuh diri," katanya.

Siasatan berhubung kes itu masih berjalan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 23-2-2023 12:15 PM
tak sempat 1st night
Quote intan244 27-2-2023 08:00 PM
venom1: tak sempat 1st night


sempat kot. nikah ahad, resepsi selasa. meninggal selasa.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.062690 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top