Tular di media sosial Indonesia kisah seorang ustazah berasal dari Lombok yang melangsungkan perkahwinan dengan seorang jejaka dari Belgium. Liputan6 dipetik Kosmo! melaporkan, wanita dikenali sebagai Mauni menceritakan kisah ketika dia mula mengenal suaminya menerusi video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @lombokdokumen.
Pasangan itu mula berkenalan melalui aplikasi Muslimah.com sejak Disember 2022 dan kemudiannya bertukar nombor untuk berhubung melalui aplikasi WhatsApp. Setelah lama berkenalan, lelaki bernama Jawad itu meluahkan perasaannya kepada Mauni menerusi WhatsApp. Ketika melihat Mauni, Jawad mendakwa dia seperti melihat satu cahaya dan ingin terus bersamanya. Setelah isi hatinya ditolak, Jawad membuat panggilan video untuk menjelaskan alasan dia menyukai Mauni. Menurut Mauni, selepas mengetahui isi hati Jawad, dia melakukan solat istikarah sebanyak tujuh kali untuk mendapatkan petunjuk sebelum bersetuju menerima lamaran Jawad.
Difahamkan, pasangan itu berkahwin dalam satu majlis sederhana di Lombok. -CARI
|
Cpkay replied at 23-2-2023 10:29 AM
harap mat saleh ni bukan jenis biawak hiduplah..
ADVERTISEMENT