CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kehilangan Kapal Kargo Sejak 1 Januari Masih Misteri "Bomoh kata anak saya masih hidup"

23-2-2023 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1148| Komen: 8

GEORGE TOWN – Keluarga kepada Ketua Operasi kapal kargo, MV Dai Cat 06, Mohammad Syafarizan Mohd. Noor, 24, yang buntu dengan kehilangan anaknya itu sejak 1 Januari lalu nekad mendapatkan khidmat pengamal perubatan termasuk dari Indonesia.


Kini genap 59 hari kejadian kapal itu yang membawa tujuh kru termasuk lima rakyat tempatan dengan muatan 527 besi paip bernilai RM726,000 dilapor hilang.

Malah, sehingga kini tiada pe­nemuan bukti yang boleh me­ngaitkan lokasi keberadaannya berserta anak-anak kapal.


Foto: kosmo

Seorang waris kepada Ketua Mohammad Syafarizan iaitu Mohd. Noor Mat Isa, 53, berkata, mereka terpaksa mendapatkan khidmat tiga pengamal perubatan tradisional.

Akuinya, dia hanya mengha­rapkan untuk bertemu dengan Mohammad Syafarizan dan tidak pernah putus berdoa akan kese­lamatan serta kesejateraannya.

“Kami buntu fikir di manakah dia berada sekarang. Kami nekad berikhtiar dengan mendapatkan bantuan tiga pengamal perubatan tradisional termasuk dari Indonesia.


“Mereka memaklumkan, ke­semua kru termasuk anak kami masih hidup, cuma disimpan di satu tempat di negara jiran.

“Walaupun ia sukar dipercayai, tetapi kami tiada pilihan lain. Kami buntu mengenang keadaan dan nasib Mohammad Syafarizan,” katanya.

Pada 2 Februari lalu, Kosmo! melaporkan status keberadaan kapal MV Dai CAT 06 masih misteri dan tidak terjawab setelah genap sebulan laporan mengenai kehilangannya.

Kapal kargo itu dilaporkan berlepas dari Jeti Kampung Aceh, Perak pada 23 Disember lalu dan sepatutnya tiba di lokasi di Kuching, Sarawak pada 31 Di­sember lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 23-2-2023 10:42 AM
tak jauh sgt… Perak - Sarawak

igt ke internasional
Quote babynina30 24-2-2023 10:17 AM
Nape kes ni tak dpt liputan melueh ?
Nyawa org kot tu
Quote zuliana29 24-2-2023 10:19 AM
huhu semoga dijumpai. kesian keluarga yg menanti kabar..
mcm dh agak lama kejadianya. tak dpt liputan kah
Quote Burong_Hantuk 24-2-2023 11:26 AM
Moga dimurahkan
Quote Belibis 24-2-2023 11:47 AM
babynina30 replied at 24-2-2023 10:17 AM
Nape kes ni tak dpt liputan melueh ?
Nyawa org kot tu

Mungkin sebab nilai barangan tak sampai sejuta..lagi pun bukan zaman najib.tak releven nak buat teori 'manggis'.
Quote Skuau 24-2-2023 11:49 AM
tadak 'teori konspirasi' ka???
Quote Dalcott 24-2-2023 11:52 AM
lame dah ni hilang.
Quote Orix 24-2-2023 11:57 AM
aik, x pernah tahu pun ada kes ni... awat media mcm x heboh kan sgat pun ?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.142433 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top