CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Nak Bakar Lemak, Baring Atas Kayu Sedang Terbakar

23-2-2023 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1254| Komen: 8

Satu gambar tular di media sosial memaparkan seorang lelaki berbaring di atas kayu sedang terbakar mengundang kritikan netizen.

Rata-rata mereka menyifatkan aksi yang disebut sebagai ‘bakar lemak’ tersebut berbahaya, tidak lucu dan tidak sepatutnya dilakukan apatah dimuat naik di media sosial.


“Hendak bakar lemak katanya. Silap-silap tinggal rangka saja. Mantap. Siapalah beri petua pada dia ini,” tulis pemilik akaun Facebook Alfaqir Alqadahi.




Pemilik akaun Facebook, Adex Shah pula berpandangan aksi berisiko tersebut tidak sepatutnya dijadikan sebagai kandungan di media sosial.

Menurutnya, terdapat banyak kandungan elok lain boleh dimuat naik di media sosial berbanding menunjukkan aksi demikian.

“Hendak buat “content” biarlah bertempat abang. Ada benda yang elok lagi daripada buat kerja tidak berakal.

“Allah bagi otak untuk kita fikir. Jangan tiba-tiba badan tidak boleh bangun semasa terbaring atas api. Fikir risiko,” katanya.


Seorang lagi pengguna media sosial, Khairol Azri menyindir perbuatan itu ibarat raptai untuk acara kematian.

“Dia sedang buat “rehearsal” acara selepas kematian. Hendak biasakan diri,” sindirnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 23-2-2023 02:48 PM
Demi content...jadi bodoh dan diperbodohkan pun takpe.
Quote rifaa 23-2-2023 02:50 PM
dengan dia skali terbakar
Quote vanillaninja 23-2-2023 02:54 PM
Kalau nak bakar lemak heols patut meniarap. Bukan baring gitu.
Quote venom1 23-2-2023 03:08 PM
bijak bijak
Quote ninja boy 23-2-2023 03:58 PM
Edited by ninja boy at 23-2-2023 03:59 PM

Masuk sauna 40 darjah 3 kali seminggu lemak cair slowly. Perut peha tu boleh dpt 50kg minyak kalau masuk kuali
Quote noor2 23-2-2023 04:05 PM
Mintak2 jgn la ada budak2 ikut....
Quote kemaruk 23-2-2023 04:12 PM
Pensokong PH atau PN nih
Quote tripleid 23-2-2023 04:53 PM
Proses pembodohan ummah oleh tiktok nmpaknya smakin burjaya ..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.274036 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top