CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyamun Buka Pintu Kereta, Ambil Beg Tangan Selepas Wanita Isi Petrol Di Stesen Minyak

23-2-2023 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4588| Komen: 69

PETALING JAYA – Polis sedang menyiasat video tular berhubung satu kejadian samun seorang wanita yang berlaku di sebuah stesen minyak di Cheras hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 14 saat di Facebook yang memaparkan kejadian samun berkawan kira-kira pukul 7.30 malam.




Di dalam video tersebut, kelihatan mangsa yang juga merupakan seorang warganegara tidak menyedari bahawa suspek sedang menunggu dirinya membuka kunci kenderaan.

Mangsa yang selesai mengisi minyak kenderaan kemudiannya membuka kunci kereta dan suspek dengan pantasnya menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian penumpang hadapan.

Loading FB Post...



“Hasil semakan mendapati kejadian samun ini berlaku pada hari ini kira-kira pukul 9 pagi di mana suspek adalah dua lelaki bangsa tidak pasti.

“Salah seorang suspek telah membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta milik mangsa.

“Anggaran kerugian adalah sebanyak RM500 dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulanbulat 23-2-2023 09:42 AM
Kalau macam ni nak hati2 macam mana lagi
Quote ifanonline 23-2-2023 09:44 AM
semasa mengisi minyak, kena tengok org kiri kanan kita...especially mat motor yg isi minyak di sebelah kita, pastikan kereta berkunci atau ada org dlm kereta...
Quote SWORKS27 23-2-2023 09:59 AM
Bole tepikir la pencopet buat gini.... mana g geng2 meratib Malaysia Masih aman in?dah pupus ke
Quote Skuau 23-2-2023 10:03 AM
zaman ada pump attd....rasa cam x pernah berlaku  mende cam ni....itu la 'kemajuan seiring dgn zaman'...jenayah jugok srmakin 'maju'...amik ko(Malaysian) la...kekdahnya...
Quote cikmouse 23-2-2023 10:08 AM
Leka nah dgn phone tuuu arr...x jeling kiri kanan... huhuhuu
Quote krustykrab 23-2-2023 10:11 AM
Selamba je tu tunggu org tu unlock pintu...semoga oku dilanggar lori
Quote kucingitam 23-2-2023 10:16 AM
kereta belakang tu kenapa tak hon? or dia pun tgh mengisi minyak tapi dash cam on?
Quote _blackbird 23-2-2023 10:19 AM
pencopet semakin daring skang
Quote esbok 23-2-2023 10:19 AM
ada kereta, first unlock, dia bukak pintu driver je. ni la sebabnya. second unlock baru bukak semua pintu. cuma aku tak aware, ingatkan semua kereta mcm tu. ke driver ni unlock kereta dia dua kali.

dan time kat stesen minyak, laaa mata kene meliar tengok kiri kanan dpean belakang. Kot takde pencopek pun, kan ada kes kereta terlajak langgar pam minyak.
Quote Cpkay 23-2-2023 10:31 AM
kita nak hati hati mcam mana lepas ni .. nak letak handbag kat bonet kah ?
Quote Nnasda53 23-2-2023 10:31 AM
Jangan guna phone semasa di petrol pump.
Kena alert keadaan sekeliling tambah laluan mudah si vavi2 ni nak lari.
Quote KucaiHijau 23-2-2023 10:34 AM
Kerana 500, masuk penjara. Badan besar tp xnak kerja
Quote punchup 23-2-2023 10:35 AM
Sbb tu aku suka isi minyak ada satu station caltex sbb kita duduk dlm kereta je nnt pump attd dtg kita bg duit, dia g byr n isi kan...???? satu g aku malas nk kuar????
Quote vanillaninja 23-2-2023 10:37 AM
Sheols bukan main phone but sheols duk telek receipt kan. And bukan semua kereta boleh unlock sekali for driver side, tekan twice baru semua boleh buka.

So amalkan la terus lock kereta lepas you keluar to pump & keep the doors locked sampai la you habis refuel.
Quote kepompong 23-2-2023 10:48 AM
dia nak check balance lepas bayar online/pakai kad/ewallet.. kena la tengok fon.

#donebekap
Quote ifanonline 23-2-2023 10:50 AM
dlm keadaan ekonomi kurang baik ni, hati2 sebab crime akan meningkat...avoid crowded places especially in malls, security kena tingkatkan di kwsn perumahan
Quote Thunderclouds 23-2-2023 10:53 AM
Sebab tuuuuuuuuuuu...
Aku sumbat semua dlm poket.
Yes,SEMUA.
Ic,lesen,debit/cc,cash.
Everything sumbat poket.
Aku dh lama xberbaju kurung/berjubah.
Strictly pakai pants sbb nk byk poket.
Aku paranoid sbb kelig pernah dirampok depan umah sendri ngn parang.
Ngn kereta² kna rampok.
Henbeg/wallet aku got nothing yg valuable.
Hiasan semata² so xnampak awkward bila bjalan.
Don't leave urself vulnerable to perompak.
Quote tri-max 23-2-2023 10:55 AM
aku da tgk video tu pagi tadi, amoi ni belek resit actually, bukan phone
terleka 3 saat, penyamun pun muka confident
utk lady driver, sila setting 1st unlock utk side driver jah
tgk la keliling dulu, kadang penyamun ni celah tayar pun dia boleh sembunyi
kesian dia tergolek masa kejar motor keparat tu
nasib tak kena gelek ngan motor lain
Quote kepompong 23-2-2023 10:56 AM
Thunderclouds replied at 23-2-2023 10:53 AM
Sebab tuuuuuuuuuuu...
Aku sumbat semua dlm poket.
Yes,SEMUA.

oh yeah. means bawak jugak wallet? ok good idea

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.230975 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top