CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Dulu Dikata Nyanyuk, Sekarang Disuruh Diam Kerana Hilang Deposit," Selagi Masih Hidup, Tun Mahathir Akan Terus Bersuara

23-2-2023 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 615| Komen: 2

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak akan berdiam diri dan akan terus bersuara selagi bernyawa.

Tegas Mahathir, meskipun ramai yang memintanya untuk berehat serta diam setelah kalah dalam pilihan raya, namun beliau tetap dengan pendiriannya untuk menyatakan kebenaran.


“Saya agak hairan kenapa begitu beria-ia mahu saya tidak bersuara. Dulu dikata saya nyanyuk. Sekarang disuruh diam kerana hilang deposit .

“Bagi saya setiap kebenaran itu perlu dinyata walaupun yang mendengarnya hanya seorang. Jika tidak ada seorang pun yang mendengar, kebenaran tetap perlu dinyatakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Foto: kosmo

Jelas beliau, kebenaran bukan monopoli majoriti atau minoriti mahupun yang tidak hilang deposit.

“Kalau itulah ukurannya, saya rasa kumpulan minoriti perlu diam dan menerima apa sahaja keputusan majoriti walaupun salah.


“Bagi saya, selagi ada nyawa, apa yang tidak betul akan terus saya suarakan walau pahit untuk didengar,” ujarnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 23-2-2023 09:36 AM
bagus juga Tun bersuara, biar la org tua tu nak berckp...org tua ni mcm baby, dier akan mengomel kalau tidak selesa, nak makan, berak dlm pampers, etc...

layan je la
Quote AbukRokok 23-2-2023 10:07 AM
kebenaran konon
fuck the deep state

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.216522 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top