Tampil meminta maaf namun tetap dikecam orang ramai. Itu situasi yang terpaksa ditanggung pengguna TikTok, yang dikenali sebagai Cikgu Ayu akibat terlanjur dalam berkata-kata. “Ramainya ibu bapa yang ada anak kecil terkesan. Saya mohon maaf kat semua yang terasa.
“Isu keluarga yang jeling tu bukan bujang ya tapi satu keluarga jeling. Ya, anak saya bukan jenis meragam yang kacau orang. “Ada orang cakap saya tak cuba tenangkan, tak gilir dengan suami. Saya berulang kali bangun keluar tenangkan anak, orang boleh hakimi tapi tak nampak ‘struggle’ saya bagi baby diam. “Baby setahun enam bulan kalau jegilkan mata pun dia tak faham. Kami tak tapau sebab ada satu je lagi makanan tak sampai sebab order tercicir. Akhirnya saya tinggalkan kedai makan dan tunggu dalam kereta,” tulisnya pada video.
Namun, penjelasannya itu bagaikan tidak berjaya membuatkan orang ramai yang terkesan dengan kenyataannya sebelum itu, berpuas hati. “Saya rasa cikgu pun tau, orang ramai bukan pertikaikan isu anak bising kat kedai makan, tapi isu mulut cikgu tu,” ujar Azradanita. “Orang bukan marah sebab budak tapi ayat cikgu tu lain kali boleh tapis dulu,” komen Dinda. “Faham ke tidak, kami tak ada masalah pun anak meragam tu masalahnya cadangan awak suruh orang balik makan kat rumah tu yang cetuskan kecaman,” ujar seorang lagi pengguna. Sebelum ini dia dikecam teruk gara-gara menggesa pengunjung kedai makan yang tidak tahan dengan ‘bingit’ anak-anak kecil, supaya bungkus dan makan di rumah. – CARI Sumber: Kosmo
|
ifanonline replied at 23-2-2023 01:54 AM
cikgu ayu ni sama perangai cam cikgu2 dlm porum ni...aku tarik puting nanti...pintal jadi ribbon
_blackbird replied at 23-2-2023 11:28 AM
cikgu garang pan, ko tarik puting, cikgu picit telur ko nnt baru tau
vanillaninja replied at 23-2-2023 02:52 PM
Cikgu Ayu ni mengajar subject apa dekat school?
makneng replied at 23-2-2023 01:33 PM
By the way mek ni niago mende? Budu cap ketereh ko? Malas nak stalk tiktok sheolls
ibugarang replied at 23-2-2023 02:58 PM
Cikgu Pra Sekolah.. dia lah yg kecoh2 perli parent pasal budak2 speech delay..
ifanonline replied at 23-2-2023 09:54 AM
cikgu ayu ni sama perangai cam cikgu2 dlm porum ni...aku tarik puting nanti...pintal jadi ribbon
ADVERTISEMENT