Tular di TikTok sebuah video menyaksikan dua pemandu kereta bertikam lidah di tengah-tengah jalan raya hingga mengganggu pengguna lain. Menerusi rakaman, sebuah kereta jenis Chevrolet Malibu yang dipandu seorang lelaki di laluan kiri dilihat menghalang laluan Proton Exora di sebelah kanan.
"Suka-suka halang kereta orang tengah jalan, macam gangster," demikian kenyataan yang tertera pada video itu. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan identiti pemilik video yang dipercayai merakam kejadian berkenaan. Pada video sama, pemadu Exora dilihat memberhentikan kenderaan dan turun daripada keretanya untuk bersemuka dengan pemandu Chevrolet. Namun kedengaran individu yang merakam situasi tegang itu menegur kedua-dua individu tersebut agar tidak terus menghalang lalu lintas. "Abang, jalan bang. Mana boleh blok jalan macam ni bang... hoi!" katanya menegur pemandu dengan nombor pendaftaran bermula huruf 'J'.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada Selasa malam di Johor Bahru, Johor. Rata-rata netizen menyelar tindakan pemandu Chevrolet berkenaan dan meminta pihak berwajib untuk mengambil tindakan kerana ianya salah disisi undang-undang. "Buat laporan polis saja... halang kereta lain dekat jalan sesuka hati dia je. "Sebab tu la kena beli kamera depan yang padu (baik) untuk jenis-jenis (situasi) macam ni. Insiden gaduh di jalan raya sehingga menyusahkan pengguna jalan yang lain "Polis Diraja Malaysia (PDRM) tolong ambil tindakan. "Abang kalau gangster pun tak macam ni. Selalunya gangster siap bagi double signal parkir kereta dekat tepi," demikian antara komen netizen. Sebagai peringatan, kes seperti merupakan satu kesalahan mengikut undang-undang. Jika terdapat laporan, pihak polis akan menyiasat bagi mengenalpasti sama ada wujud elemen jenayah di bawah kanun keseksaan berkaitan ugutan atau serangan sewaktu kejadian tersebut.-CARI Sumber: mStar Online
|
airfilterkotor replied at 23-2-2023 01:08 PM
P, J, D.
Kalau plat kau V sekali pung tapi pandu macam taik,
airfilterkotor: P, J, D.Kalau plat kau V sekali pung tapi pandu macam taik, sah kampong kau antara 3 huruf plat di atas.
airfilterkotor replied at 23-2-2023 01:08 PM
P, J, D.
Kalau plat kau V sekali pung tapi pandu macam taik,
airfilterkotor replied at 23-2-2023 01:08 PM
P, J, D.
Kalau plat kau V sekali pung tapi pandu macam taik,
Rajawali replied at 23-2-2023 03:50 PM
A dan B pun sama hanatnya..V tu common sangat dah
ADVERTISEMENT