CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kembar Seiras Timbang Makanan Sebelum Makan Untuk Buang Air Besar Bersama, Bercinta Dengan Lelaki Sama Dan Nak Hamil Sama

23-2-2023 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1370| Komen: 3

Anna and Lucy DeCinqu digelar pasangan kembar paling seiras di dunia.

Menerusi program This Morning, mereka turut menceritakan tentang tabiat di tandas.

Sebelum ini mereka menjadi tajuk berita utama apabila Lucy memutuskan untuk mencabut giginya yang sihat, selepas Anna perlu mencabut gigi kerana mengalami jangkitan, dan itu akan menjejaskan rupa 'seiras' mereka.



Foto: metro

Kini mereka lebih terbuka mengenai kehidupan dengan tinggal bersama pasangan bersama, Ben, dan berharap untuk hamil pada waktu sama.

Pasangan kembar berusia 37 tahun itu mendedahkan mereka sebenarnya menimbang makanan masing-masing sebelum menikmati hidangan yang sama, pada masa sama.

Ini menurut mereka bertujuan untuk memastikan proses yang sama dalam sistem pencernaan mereka dan akan pergi ke tandas, juga pada waktu sama.

Hos Holly Willoughby dan Phillip Schofield kemudian menyentuh mengenai pasangan kembar itu mahu mencuba menjadi ibu pada masa.


Bagaimanapun, Anna dan Lucy tiada masalah sekiranya salah seorang daripada mereka hamil lebih awal daripada yang lain.

"Jika mungkin kami ingin hamil bersama, tetapi akhirnya adalah cara kami memilih untuk menjalani kehidupan kami.

"Saya tak fikir ia adalah tekanan, ia adalah 'cinta berganda' untuk Ben," kata Anna.

Mengulas lanjut, adik-beradik itu juga mendakwa mereka tidak pernah ada sebarang masalah cemburu berkongsi kasih dengan lelaki sama.

Mereka telah menjalinkan hubungan dengan Ben selama 11 tahun.

Sebagai peringatan, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam Islam, haram mengumpulkan dua adik-beradik perempuan dalam sebuah perkahwinan, dan oleh itu semua pihak perlu menjauhinya.

Ini kerana ia boleh mendatangkan pelbagai mafsadah (keburukan) kepada hubungan persaudaraan. - CARI

Sumber: mStar/Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iolss 23-2-2023 04:33 PM
fuh,... untung Ben kahkah
Quote sharlenetexas 23-2-2023 05:12 PM
Buy 1 free 1.

Quote Kurex 23-2-2023 05:14 PM
Dah ada la pasal dua ekor betina ni...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.045072 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top