CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Habis Makan Sebungkus Baru Perasan Ada Telur Katak Dalam Nasi Lemak Bungkus

23-2-2023 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3317| Komen: 36

Seorang wanita melalui pengalamn menjijikan apabila dia menyedari kewujudan bendasing disyaki telur haiwan pada daung pisang yang membaluti nasi lemaknya.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, kelihatan beberapa biji telur bersaiz kecil seperti biji sagu yang tersusun pada daun pisang.


"My mom (ibu saya) kata itu telur katak tapi my partner (pasangan) nak sedapkan hati, dia cakap itu biji selasih. Saya tak mahu lagi makan nasi lemak bungkus daun pisang," tulisnya pada perkongsian video berkenaan.




Tambah wanita berkenaan, dia hanya menyedari kehadiran telur berkenaan selepas menghabiskan sebungkus nasi lemak.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen mempersoalkan mengapa wanita tersebut tidak membuat aduan kepada pemilik kedai, dan bukannya sekadar menularkan di media sosial.

"Kenapa tak bagi terus dekat tauke kedai, complaint (buat aduan) dekat dia?" demikian soal mereka.


Menjawab persoalan yang dibangkitkan netizen, wanita berkenaan menjelaskan situasi sebenar menerusi video yang dimuat naik secara berasingan.

"Sebenarnya saya bagitahu, selepas saya makan tu baru ternampak benda tu. Saya curious la apa benda? Jadi saya tangkap gambar dan hantar kepada ibu dulu sebelum nak rekod sebab saya takut itu sebenarnya makanan.

"Dan ibu saya cakap itu telur katak! Saya macam... biar betul? Mestilah saya takut.

"Kemudian gambar yang saya tangkap tu, terus saya bagi dekat kaunter," ujarnya.

Bercerita lebih lanjut, wanita berkenaan berkata, pekerja restoran yang berada di kaunter ketika itu juga turut sama terkejut apabila melihat gambar telur yang sempat dirakamkannya.

"Dia macam terkejutlah dan siap istighfar. Dia tanya sama ada saya mahukan apa-apa sebagai ganti rugi. Saya cakaplah nak refund. Tapi dia kata tak boleh, maksud dia kena ganti dengan makanan lain.

"Sebab dah dapat makanan macam tu, sudah tentulah saya tak nak makanan daripada restoran itu lagi. Tapi tak apalah, saya cakap nak sandwich telur. Nasi lemak yang lagi sebungkus tu, saya tinggal je atas meja," ujarnya sambil menambah, restoran berkenaan terletak di ibu kota.

Tidak berniat mahu memburukkan restoran berkenaan, wanita tersebut berkata dia sekadar mahu menekankan aspek kebersihan yang sepatutnya dititikberatkan oleh setiap premis makanan.

"Kedai mahal, sepatutnya service dia gempak, kebersihan terjaga. Tak sangka pula jadi macam tu. Yang ingat saya tak complaint, jangan risau, saya complaint," ujarnya lagi.

Menjengah ruangan komen, ada di antara netizen yang tampil menjelaskan telur pada daun pisang tersebut bukanlah telur katak sebaliknya telur ular daun pisang.

"Mesti dia tak lap daun pisang tu.

"Anggap sajalah itu zat tambahan.

"Rare betul makan nasi lemak dengan selasih," demikian antara komen netizen.

Sementara itu carian mStar mendapati, video berkenaan sudah dipadamkan oleh pemiliknya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 23-2-2023 09:06 AM
biar betul????eeee jijik
Quote jlo 23-2-2023 09:07 AM
gelinye tekak
ke penjual ni tak lap betul2 daun pisang ni
Quote freesia71 23-2-2023 09:11 AM
Eeewwwwww
Quote pittjie 23-2-2023 09:16 AM
itu bukan telur katak. tak mungkin la kan katak bertelur kat daun pisang. mungkin telur serangga atau ulat. but eeewwwww
Quote cikatilia 23-2-2023 09:47 AM
xcuci langsung ke daun pisang nya

yekkk
Quote xtinkerbellx 23-2-2023 09:51 AM
Ewwww[em:11:]
Quote Orangelily 23-2-2023 10:10 AM
Demi sebuah content toktok
Quote tungkai 23-2-2023 10:19 AM
Bukan telur katak tapi telur serangga kat daun pisang tu. Konfem tak bersihkan daun tu sebelum bungkus
Quote Atata 23-2-2023 10:24 AM
Katak bertelur kat air.  tapi last2 artikel tu tulis itu telur ular daun pisang?! Eeeeeeeeeee!! Lagi lah tambah seram yakkk
Quote dua_chzy 23-2-2023 10:25 AM
Macam content tipu sangat2 iya.
Quote tri-max 23-2-2023 10:30 AM
telur kan mahal, ok la dia dapat 'extra' telur
iols masih suka bau haruman nasi lemak daun pishang
tapi lepas kes nih, kena selak2 dululah sebelum ngap
Quote _blackbird 23-2-2023 10:46 AM
kalau kaki katak sedap tu. halus dan manis daging nya
Quote Highflyer19 23-2-2023 11:01 AM
Ada org mkn katak...maybe nasi lemak katak tu utk puak2 ni
Quote bakingsoda 23-2-2023 11:16 AM
Atata replied at 23-2-2023 10:24 AM
Katak bertelur kat air.  tapi last2 artikel tu tulis itu telur ular daun pisang?! Eeeeeeeeeee!! Lagi ...


hari tu aku tgk dlm animal planet ade la katak bertelur atas daun. tgk gambar tu mcm sama kan telur2 tu

Quote Atata 23-2-2023 11:32 AM
bakingsoda replied at 23-2-2023 11:16 AM
hari tu aku tgk dlm animal planet ade la katak bertelur atas daun. tgk gambar tu mcm sama kan telu ...

Eee aah lah.. sama dia memanjang gtu susunan telur dia. Telur katak la kot tu
Quote green~tea 23-2-2023 11:33 AM
Mcm sialllllllllllllll... jahat punya peniaga
Quote finn 23-2-2023 11:53 AM
Eihhh.. Jijiknyaaa..
Quote primarikey 23-2-2023 01:06 PM
bakingsoda replied at 23-2-2023 11:16 AM
hari tu aku tgk dlm animal planet ade la katak bertelur atas daun. tgk gambar tu mcm sama kan telu ...

Eeeiiii sejibik
Memg sah telur katak
Mst peniaga tu x lap2 dulu bersihkn daun pisang
Quote -Suri- 23-2-2023 02:00 PM
Cam mana telur katak boleh ada dlm tuh

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.839734 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top