CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dengan Sekali Lafaz, Raysha Rizrose Kini Sah Bergelar Isteri Nabil Jeffri

22-2-2023 10:30 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 15579| Komen: 108




Dengan sekali lafaz, pelakon jelita, Raysha Rizrose, 27,  selamat bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba Formula 3, Nabil Jeffri, 29, kira-kira 8.52 malam tadi di sebuah hotel terkemuka ibu negara.

Memilih tarikh 22. Februari. 2023 sebagai hari bahagia, pasangan pengantin ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, seperti mana dipetik daripada laporan Media Hiburan.


Cantik menawan mengenakan persalinan rona putih rekaan Teh Firdaus dan ditatarias oleh Syed Faizal Syed Noh, adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose ini meluahkan kesyukuran kerana segala perancangan berjalan dengan lancar.





“Syukur segala-galanya yang dirancang salama ini dipermudahkan.

“Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.

“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,”ujarnya.


Cerita Raysha atau mesra disapa Dada, dia dan suami berkenalan pada tahun 2013 di laman Twitter sewaktu masih menuntut di sekolah menengah.

“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.

“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” katanya.


Dalam pada itu, Dewi Remaja 2014/2015 turut berkongsi tarikh lamaran Nabil yang terpateri pada 16 Ogos 2022.

“Momen dan detik itu masih berbekas di hati. Ini kerana lokasi lamaran berkenaan terjadi di tempat sama dia melamar saya sebagai kekasih, iaitu di sebuah lokasi di Subang Jaya, Selangor kira-kira sedekad lalu,”ceritanya.


Terdahulu, Raysha dan Nabil melangsungkan pertunangan pada 22 Disember secara tertutup tetapi baru sahaja berkongsi kepada umum pada 14 Februari lalu.




Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasangan pengantin baru ini.Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noah8670 22-2-2023 10:09 PM
Tahniah semoga bahagia hingga ke akhir hayat
Quote nura19 22-2-2023 10:10 PM
Tahniah..even cantik lg masa bertunang...
Quote Rogue98 22-2-2023 10:11 PM
Oh cepatnye...naper tak esok jer...23.02.2023. Anyway congrats both ...semoga aman2 jer hubungan suami isteri ni. Pening tengok ramai sgt bergaduh skrg...
Quote Nenolen 22-2-2023 10:11 PM
Selamat Pengantin Baru Raisya dan suami
Quote akies 22-2-2023 10:21 PM
Cantik dia ni
Quote likilu 22-2-2023 10:22 PM
Sorry lagi suka baju tunang

Tolongla baju reception anzalna 2.0
Quote Incanto 22-2-2023 10:23 PM
Selamat Pengantin Baru Raysha n hubby

kuat jodoh derang  kenal masa sekolah menengah
Quote codenamedream 22-2-2023 10:25 PM
Tahniah Raysha & Nabil.
Quote colorpensel 22-2-2023 10:33 PM
aikkk dah kawen..cepatnya.rasa baru je baca bertunang hari tu..diam2 je dah kawen. tahniah
Quote winky1 22-2-2023 10:37 PM
Senrose tu siapa
Quote DeLuna85 22-2-2023 10:38 PM
Tahniah. Tapi lagi cantik lepas rambut. Tak sesuai sanggul. Tapi tetap cantik.
Quote colorpensel 22-2-2023 10:38 PM



hak ah..adik beradik dia semua cantik2

[tiktok]7200278206702832923[/tiktok]
Quote colorpensel 22-2-2023 10:40 PM



senrose tu mak ayah uqasha ngan nelydia...raysha ni adik tiri deyouls, satu mak lain apak.tu apak raysha yg dalam video tu.
Quote sukacactus 22-2-2023 10:44 PM
Tahniah!
Tp kenapa lighting xcantik mcm masa tunang aritu
Majlis aritu semua npk cantik, warna, lighting tu semua nampak lebih menyerlah
Quote Mamiyan 22-2-2023 10:53 PM
Edited by Mamiyan at 22-2-2023 11:05 PM

Nape iollss rase majlis tunang dia lagi grand dari majlis kahwin ni.

Baju tunang lagi cantik dari baju kahwin. Makeup pun lagi meletop makeup tunang dia dari makeup kahwin
Quote lyshafull 22-2-2023 10:53 PM
Tahniah
Taste dia unik okay
But rambut masa tunang lagi lawa
Quote heythere123 22-2-2023 11:02 PM
lah kawen dah

semoga kekal ke akhir hayat. Sheols takde gosip murahan so good for her
Quote heythere123 22-2-2023 11:03 PM
winky1 replied at 22-2-2023 10:37 PM
Senrose tu siapa

gabungan nama mak ayah. Sen (ayah) + rose (mak)

kalau raysha ni ayah dia Riz + rose (mak)

tak silap iols gitu la asal usul nama tu
Quote heythere123 22-2-2023 11:04 PM
sukacactus replied at 22-2-2023 10:44 PM
Tahniah!
Tp kenapa lighting xcantik mcm masa tunang aritu
Majlis aritu semua npk cantik, warna, ligh ...


maybe sebab official photo belum keluar kot. Yg tunang haritu kan sheols share gambar rasmi je dlm dewan

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.051776 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top