Warga emas berusia 61 tahun yang juga kakitangan kontrak sebuah hotel mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol dua pekerja sambilan di premis kerjanya. AWANI melaporkan, pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Nooriah Osman.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 18 tahun 7 bulan di sebuah hotel di daerah ini antara jam 6.30 petang hingga 10 malam pada 27 Disember 2022. Manakala, bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol seorang lagi mangsa yang berusia 16 tahun 3 bulan di lokasi, masa dan tarikh sama. Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Tertuduh kemudian dibenar mahkamah diikat jamin RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan 21 Mac depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sumber: AWANI
|
xAthenax replied at 22-2-2023 09:40 PM
Ada kisah benar di Ketengah dulu
Mamat ni guna smokescreen sebagai bomoh untuk kerja melepas nafsu
r ...
jas7512 replied at 22-2-2023 07:42 PM
Jantan pantai timur ni mmg sial..asyik nam merogol dan mengeseks aje x kira siapa...ntah mkn apa..um ...
ADVERTISEMENT