CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Maafkan Cucu Saya Calarkan Kereta Jiran, Jangan Kecam Dia Lagi'

22-2-2023 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4620| Komen: 49

Seorang wanita mualaf berusia 57 tahun memohon maaf bagi pihak cucu perempuannya berusia lapan tahun mencalarkan kereta jiran di parkir bawah flat di Pasir gudang.

BH Online melaporkan, kanak-kanak itu juga mengambil dan membuang penyepit pakaian milik jiran yang rakamannya tular di media sosial.



Budak perempuan yang tular dalam rakaman video mencalarkan kereta jiran bersama neneknya. - NSTP/MARY VICTORIA DASS

Dia yang tidak menolak kemungkinan cucunya itu kesunyian dan tertekan dengan permasalahan keluarga hingga berbuat demikian berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas ia tular di laman TikTok, Sabtu lalu.

"Saya mohon maaf kepada jiran atas perbuatan cucu yang tular di media sosial dan harap dia tak dikecam lagi

"Ia tabiat baharunya yang selama ini berperwatakan riang, lincah dan tidak berdepan masalah pembelajaran. Sejak saya jatuh sakit dan bapanya pula terpaksa berjauhan dengan keluarga atas faktor tidak dapat dielakkan, Dia suka mendiamkan diri serta bersendirian.


"Kehidupannya tak sama seperti kanak-kanak lain kerana sejak kecil, bapanya sudah berpisah dengan ibunya dan terus terputus hubungan. Namun sejak akhir tahun lalu, saya mengalami darah tinggi selain sakit jantung, tidak mampu membawanya ke mana-mana," katanya.


Tangkap layar video tular memaparkan budak perempuan mencalarkan kereta jiran. - NSTP/MARY VICTORIA DASS

Wanita itu berkata, dia juga mengalami masalah pergerakan terbatas serta tidak dapat naik turun tangga dari tingkat empat di flat projek perumahan rakyat (PPR) itu.

Menurutnya, bapa cucunya yang juga mualaf terpaksa berjauhan dengan keluarga kebelakangan ini hingga kanak-kanak itu kurang perhatian.

"Di rumah, dia yang bersekolah di sebuah sekolah Tamil berhampiran, rajin membantu mengemas rumah dan melakukan beberapa kerja. Saya menyara cucu dengan bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejumlah RM300 sebulan sepenuhnya.

"Kami juga dibantu anak lelaki lain dari segi makanan harian. Kami bukan orang senang dan saya juga buntu memikirkan tambang bas sekolah mencecah RM60 pada Mac depan.

"Saya harap dapat beri keselesaan kepadanya supaya dia dapat meneruskan persekolahan seperti biasa dan jadi insan berguna pada masa depan," katanya menambah, dia juga menasihati cucunya supaya tidak mengulangi perbuatan itu.

"Sejak kes berkenaan tular, ramai pihak ingin mendapatkan penjelasan daripada kami dan sebagai penjaga, saya mohon maaf dan berjanji ia tidak akan berulang," katanya.

Sementara itu, pemimpin komuniti di perumahan berkenaan, Karim Abd Rahman, memaklumkan keluarga kanak-kanak terbabit sering dibantu jiran-jiran berhampiran.

"Mereka juga tiada masalah dengan jiran melainkan kejadian baru-baru ini. Kami harap keluarga berkenaan terus dibantu, terutama dari segi persekolahan dan sokongan moral supaya masa depan kanak-kanak berkenaan lebih terjamin," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 22-2-2023 07:15 PM
Waktu dok flat, toksah berangan la beli keta baru. Nangessssss..
Mmg budak² aim kasi calar.
Saja khianat.
Quote green~tea 22-2-2023 07:18 PM
Minta maaf saja buat apaaaaa

Gantirugi laa wei.. sangkak punya perangai tak reti didik anak cucu....

Anak aku & anak2 sedara aku.. 5 boys.. tak pernah buat keje gini wei.. gores2 kereta aku gores2 kereta orang... reti bahasa deme main dedicated places
Quote green~tea 22-2-2023 07:19 PM
Oh duduk flat.. patut lah parking merata2.. tak kene calar budak2.. kena sondol kereta sbb park rapat2
Quote green~tea 22-2-2023 07:20 PM
Thunderclouds replied at 22-2-2023 07:15 PM
Waktu dok flat, toksah berangan la beli keta baru. Nangessssss..
Mmg budak² aim kasi calar.
Saja kh ...

Kawan aku pernah cerita dia masa lalu kat kawasan flat, ada budak2 skolah menengah naik motor.. depa duk ketuk cuba pecah cermin kereta2 yang parking sebaris ramai2 ketuk kasi pecah


Apa gila perangai budak2 neh
Quote Thunderclouds 22-2-2023 07:28 PM
green~tea replied at 22-2-2023 07:20 PM
Kawan aku pernah cerita dia masa lalu kat kawasan flat, ada budak2 skolah menengah naik motor.. de ...

Saja.
Seronok kot menjahanam reta org.
Kalo kantoi mintak mahap mcm macik ni.
Nk ganti rugi mmg kirim salemmm.
Pengalamn aku dok flat lar.
Quote hmmlantakko 22-2-2023 07:33 PM
dulu penah duk kat umah sewa ni anak ramai ibu x bekerja bapak dia pula bks matpet. anak2 yg kecik tu calarkan keta org, beranak ramai, anak dibiarkan main kws rumah org dlm semak ikut suka..jns reti beranak x tahu nk jaga adab dgn jiran. sikit lg nk sama dgn rohing..
Quote Decaffeinated 22-2-2023 07:39 PM
Kalau mualaf naper?
Quote Belibis 22-2-2023 07:42 PM
Lain kali kalau rasa nak gores sangat,pegi jer kat peraduan gores dan menang..untung2 dapat kereta( biasanya water filter) .[em:22:]
Quote mojarean_X 22-2-2023 07:42 PM
Iols nk wat rule B40 hanya bole ada maximum 1 anak je. Kalo nk lebih mereka kena buktikan kemampuan kewangan dan masa utk menjaga mereka
Quote Belibis 22-2-2023 07:43 PM
Decaffeinated replied at 22-2-2023 07:39 PM
Kalau mualaf naper?

Takde ape2. Sekadar cukupkan jumlah 350 patah perkataan..
Quote Skuau 22-2-2023 07:46 PM
kalo citer omputeh...budak & nenek ni perlukan bantuan & sokongan moral...
Quote jas7512 22-2-2023 07:46 PM
mojarean_X replied at 22-2-2023 07:42 PM
Iols nk wat rule B40 hanya bole ada maximum 1 anak je. Kalo nk lebih mereka kena buktikan kemampuan  ...


Setuju dgn cdgn..u..psgn muda pun patut anak sikit..dah pandai jaga anak baru blh tambah..siapa b40 yg anak ramai denda buat khidmqt masyarakat 10 thn utk yg jantan..yg pompuan 2 thn
Quote renko 22-2-2023 07:49 PM
Tendang ramai2 pastu mintak maaf balik
Quote TomyamPuteh 22-2-2023 07:49 PM
Aku dulu dok flat 4 tahun. Pnya la tahan napsu nk beli keta baru. Keta cabuk aku dulu tu pun manjang kena pedajal. Nk bkk pintu ada chewing gum la, atas bumbung ada pempes la. Mmg sialan btul la B40 nih.
Quote green~tea 22-2-2023 07:53 PM
Decaffeinated replied at 22-2-2023 07:39 PM
Kalau mualaf naper?


Mulia sikit bunyi

Some people have soft spot on them
Quote green~tea 22-2-2023 07:54 PM
TomyamPuteh replied at 22-2-2023 07:49 PM
Aku dulu dok flat 4 tahun. Pnya la tahan napsu nk beli keta baru. Keta cabuk aku dulu tu pun manjang ...


Keta ayah aku pernah lekat kahak kat cermin ok.. masa singgah lawat sedara bau bacang.. gilossssssssssss

Masa tu aku skolah menengah sampai sekarang aku ingat ayah aku mengamuk cari budak remaja tu sbb benda live jadi depan mata kitorg dlm kereta
Quote Skuau 22-2-2023 07:58 PM
Edited by Skuau at 22-2-2023 07:59 PM
mojarean_X replied at 22-2-2023 07:42 PM
Iols nk wat rule B40 hanya bole ada maximum 1 anak je. Kalo nk lebih mereka kena buktikan kemampuan  ...


Boleh...kalo ank2 T20 sanggup msk askar,polis,bomba dll....setau aku polis,askar tu semua ramai drp ank2 B40...sikit sgt drp T20 & M40.Sudah bersediakah anda dgn 'perkara spt ini'???
Quote Lagubestbest 22-2-2023 08:38 PM
Edited by Lagubestbest at 22-2-2023 08:43 PM
green~tea replied at 22-2-2023 07:18 PM
Minta maaf saja buat apaaaaa

Gantirugi laa wei.. sangkak punya perangai tak reti didik anak cucu... ...

ketangkap dulu anak sedara umur 5 6 tahun gores kete, tang tu jugak I terus tunjuk video liveleak budak brazil bergaduh sampai kena slamdunk sepak atas jalan bengkak hancur sebelah mata berdarah muka bagai. I cakap kat dia kalau harta orang lain jgn buat main, ngan I takpe lagi walaupun rasa nk buat jugak, sesambil I sepak2 pijak kasut depan rumah.
Quote acikhan 22-2-2023 08:40 PM
baru minggu lepas Ade ank jiran baling batu kat keta dari tingkat atas...cermin belakang n kebetulan ank owner keta tu saksi terus makpak owner keta tu g dtg umah ank jiran baling batu.. rm400 kene ganti rugi...

Ade ank jiran lainpulak main bola nie dedua budak ppki hyperaktif nyer kene keta kat parking termasuk keta haku, haku selalu jerit dari atas nak main bola kat padang, tetiap ptg mesti bunyi kedegang kedegung kat bwh parking main bola .. x pe x pe haku tunggu je kalo kene keta haku walaupun keta lama mmg haku terus g umah jumpa makpak budak2 nie

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.947581 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top