Remaja Singapura berusia 15 tahun menjadi individu termuda ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkaitan dengan aktiviti keganasan. BH Online melaporkan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) republik itu berkata, remaja lelaki yang meradikalkan dirinya sendiri itu merupakan pelajar tingkatan tiga sekolah menengah ketika ditahan mengikut ISA pada November 2022 dan menerima Perintah Tahanan (OD) pada Disember 2022.
"Siasatan mendapati dia terpengaruh dengan propaganda pengganas dalam talian dan menyokong kumpulan militan Daesh," menurut kenyataan jabatan itu dikeluarkan di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri. Dia juga merancang untuk melakukan serangan di Singapura dan menyimpan hasrat untuk menubuhkan khalifah Islam dengan cara keganasan. "Dia individu paling muda setakat ini yang ditahan mengikut ISA untuk aktiviti berkaitan keganasan," menurut jabatan itu.
Remaja itu akan menjalani kaunseling agama intensif dengan dua kaunselor agama dari Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG). Sebelum ini, seorang lelaki juga rakyat Singapura berusia 16 tahun terpengaruh dengan ideologi pelampau dan merancang untuk melakukan serangan menggunakan pisau terhadap umat Islam di dua masjid di Singapura dan ditahan mengikut ISA pada Disember 2020. Pelajar tingkatan empat sekolah menengah itu menerima Perintah Sekatan (RO) mengikut ISA pada Januari lalu. Menurut ISD, siasatan mendapati pemuda itu juga meradikalkan diri sendiri oleh propaganda kumpulan militan Daesh dalam talian dan mempercayai penggunaan keganasan bersenjata untuk menubuhkan sebuah khalifah Islam. Dia menyertai platform permainan dalam talian Roblox, permainan maya yang meniru zon konflik seperti di Syria dan bandar Marawi di selatan Filipina. Kedua-dua remaja itu adalah kenalan dalam talian warga Singapura berusia 18 tahun yang ditahan di bawah ISA pada Disember 2022. Sejak 2015, ISD sudah menangani 11 kes membabitkan golongan muda Singapura berusia 20 tahun ke bawah dengan kesemuanya meradikalkan diri mereka menerusi dalam talian. Sumber: BERNAMA
|
stingerbumpy replied at 22-2-2023 06:42 PM
Anak didik mas slamet kewww?
@Nana_Man
Decaffeinated replied at 22-2-2023 10:46 PM
Soalan cliche kalau berlaku di tanah air, apa bangsa bebudak ni?
Nana_Man replied at 23-2-2023 05:25 AM
Hahaha!!!!!
stingerbumpy replied at 23-2-2023 05:31 AM
I expected answer...not laughter...
Grrrrrrrr
Nana_Man replied at 23-2-2023 08:40 AM
Sting…. U noe the answer tapi tanya.. Mesti lah not anak didik si mas tak selamat tu. Org tua tu ...
capiloton replied at 23-2-2023 07:55 AM
bagus singapore maseh ada ISA.
manakala di malezija,
stingerbumpy replied at 23-2-2023 09:03 AM
Mana ler aku tahu...? Setakat yg aku tahu memang bang tak berapa nak selamat dah masuk dlm cell, f ...
Nana_Man replied at 23-2-2023 09:44 AM
Masa si tua tak selamat tu kene tangkap, budak 2 ni masih tgk upin ipin lah sting.. dorang learn a ...
stingerbumpy replied at 23-2-2023 09:55 AM
Ko ni kategori daif in spore kewww? Mustahil ko tak pernah langgani eateries nasi padang yg among ...
Nana_Man replied at 23-2-2023 03:17 PM
Siol lah kau… tmpt aku ada better eateries lah dari situ…. Skadar nasi padang je pun. Baik aku s ...
Decaffeinated replied at 22-2-2023 10:46 PM
Soalan cliche kalau berlaku di tanah air, apa bangsa bebudak ni?
capiloton replied at 23-2-2023 07:55 AM
bagus singapore maseh ada ISA.
manakala di malezija,
Decaffeinated replied at 22-2-2023 10:46 PM
Soalan cliche kalau berlaku di tanah air, apa bangsa bebudak ni?
ADVERTISEMENT