CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simpanan KWSP B40 Dan M40 Berkurangan, T20 Meningkat

22-2-2023 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4451| Komen: 55

KUALA LUMPUR – Simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kumpulan B40 dan M40 semakin menurun, berbanding kumpulan T20 yang terus mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kumpulan T20 ‘memonopoli’ baki simpanan KWSP berbanding kumpulan B40 dan M40 pada masa ini.


Foto: Kosmo

“Seramai 5.2 juta pencarum KWSP B40 dengan jumlah simpanan mereka RM13 bilion sebelum April 2020, tetapi selepas Disember 2020 ia menurun 46 peratus tinggal RM7 bilion.

“Kumpulan M40 seramai 5.2 juta pencarum pula daripada RM191 bilion sebelum April 2020, ia menurun 28 peratus menjadikan nilai simpanan RM138 bilion.

“Berbanding simpanan T20 di mana KWSP ini ‘dimonopoli’ oleh mereka apabila seramai 2.2 juta ahlinya dengan nilai begitu hebat RM538 bilion sebelum April 2020, bukan turun tapi naik 11 peratus kepada RM597 bilion,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Dalam pada itu, beliau berkata, setakat 31 Disember lalu, peratusan pencarum aktif berusia 55 tahun dan ke bawah mencapai tahap simpanan mengikut usia hanya 29 peratus sahaja.

Katanya, kumpulan B40 dan M40 paling terjejas baki simpanan di KWSP akibat kebenaran pengeluaran sebelum ini.

“Pengeluaran khas empat kali pandemik Covid-19, sekarang endemik. Negara seumpama kita (sebelum ini) benarkan pengeluaran pun sudah tidak benarkan lagi.

“Saya kira dalam Bajet 2023 Jumaat ini, sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri bahawa ada kaedah-kaedah lain untuk membantu. Kumpulan-kumpulan yang layak ini, mereka tidak mahu keluarkan pun (KWSP),” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 22-2-2023 05:45 PM
Mesti lahhhh savings T20 meningkat 6 figures annually dlm EPF uolzzzzzzzz



So bila dividen nak announce ni.. i nak ketik calculator je ni, takmo keluarkan pun, walau boleh je keluarkan ANYTIME...

Yang penting KWSP made promise, mereka nak rapatkan jurang dividen bg simpanan syariah vs conventional... sila kotakan janji yach.. lantak kau laa topglove tergolek ke apa... diversify your portfolios
Quote shida81 22-2-2023 05:45 PM
T20 x kuarkan duit mcm b40 n m40
Quote rikiruj 22-2-2023 05:56 PM
Tu yang aku cakap.. kalau tinggal 10k nak simpanan hari tua amende.. paling lama tahan pun 6 bulan je.  Yang epf cakap threshold kena ada 240k baru cukup untuk tanggung hari tua.. yang kurang daripada tu, kalau ada 100k mungkin lah boleh buat modal atau tambahan pada uber or grab job ke..
Quote Kitty_catz 22-2-2023 06:36 PM
ko tak penah potong kwsp ke mat?

kan kwsp ni ikut percentage gaji, lagi besarrrr gaji , lagi banyakkkkk potongan, lagi besarrrrrrrrrrr simpanan dlm kwsp

pehtu yg gigih mintak icitra ilestari icirit bagai dr kasta mana mat? dah salah sendiri, nak tala kat orang lain pulekk..

plus kita tak pangeei ini suatu bentuk monopoli mat, kau sekolah tak?


kau ni apa? kau tinggal sini ke?

nah  lanjer tiktok kau ni apa

[tiktok]7202185758877224219[/tiktok]

Quote stingerbumpy 22-2-2023 06:38 PM
Edited by stingerbumpy at 22-2-2023 06:39 PM
green~tea replied at 22-2-2023 05:45 PM
Mesti lahhhh savings T20 meningkat 6 figures annually dlm EPF uolzzzzzzzz




Duit banyak tempat peranakheun tetap lopong...

Tak boleh beli keww kt pharmacy?

Tanda2 duit tak berkat lerteww

Wakahkahkahkahkahkah

Quote midori888 22-2-2023 06:48 PM
green~tea replied at 22-2-2023 05:45 PM
Mesti lahhhh savings T20 meningkat 6 figures annually dlm EPF uolzzzzzzzz



T20 dlm EPF ada kurang2 2.5 millions...dpt dividen lagi lah bertambah2 amount dlm tu....
Quote green~tea 22-2-2023 07:08 PM
midori888 replied at 22-2-2023 06:48 PM
T20 dlm EPF ada kurang2 2.5 millions...dpt dividen lagi lah bertambah2 amount dlm tu....

Yezzaaaaaa... alhamdulillah

Tp kalo depa announced tiered dividend nnti... i keluar kan je la balance tuh.. tp tatau nak sumbat mana plak...
Quote green~tea 22-2-2023 07:14 PM
midori888 replied at 22-2-2023 06:48 PM
T20 dlm EPF ada kurang2 2.5 millions...dpt dividen lagi lah bertambah2 amount dlm tu....

I baca dekat twitter ramai B80 menyalak suruh implement tiered dividend... depa kata kwsp hanya mengkayakan sesetengah puak  aje...

Dah dulu depa jugak duk perjuang suh keluar kwsp.. but now nak demand tiered dividend plak sbb sakit hati savings t20 banyak so dividen banyak...
Quote green~tea 22-2-2023 07:17 PM
Finallllyyyy.. different news about kwsp... asik2 duk tepek pasal pengeluaran pengeluaran pengeluaran bersasar....
Quote nylliette 22-2-2023 07:24 PM
dah tentu2 B/M 40 la yg sesak nak pakai duit
Quote Decaffeinated 22-2-2023 07:30 PM
Tak tau nak buat apa dgn duit EPF. Nak beli helikopter kang takut tergolek. Biar je lah.
Quote midori888 22-2-2023 07:37 PM
green~tea replied at 22-2-2023 07:08 PM
Yezzaaaaaa... alhamdulillah

Tp kalo depa announced tiered dividend nnti... i keluar kan je la ba ...



ada tiered dividen ke pulak....
Quote midori888 22-2-2023 07:39 PM
green~tea replied at 22-2-2023 07:14 PM
I baca dekat twitter ramai B80 menyalak suruh implement tiered dividend... depa kata kwsp hanya me ...



itulah sapa suruh kuarkan....kalu terdesak tu lain citer...nie kuarkan lepas tu beli ntah apa2....
Quote Belibis 22-2-2023 07:44 PM
Dah 12% dari basic salary..takkan lah yang gaji kecik lagi banyak.
Quote green~tea 22-2-2023 07:52 PM
midori888 replied at 22-2-2023 07:37 PM
ada tiered dividen ke pulak....

Ha.. dalam twitter kecoh puak2 tu.. masa dekat posting ucapan ahmad maslan ni lah... menyampah betul
Quote cmf_almondpecan 22-2-2023 07:56 PM
green~tea replied at 22-2-2023 07:14 PM
I baca dekat twitter ramai B80 menyalak suruh implement tiered dividend... depa kata kwsp hanya me ...

Kalau buat tiered dividend menyebabkan dividend jadi lebih kurang macam FD saja, I nak withdraw sebanyak mungkin sebaik saja cukup umur wirhdraw. Baik I simpan sendiri kat FD for the same dividend dan boleh control sendiri tak payah isi borang2, cap jari apa semua kat kwsp.

Kalau kwsp sekarang kata top tier "monopoli" simpanan, maksudnya kalau dia buat tiered dividend, dana kwsp akan berkurang dengan drastik. Tinggal top tier yang memang tak peduli atau belum cukup umur saja dalam tu.

Kalau ada mana2 pihak yang tak puas hari top tier tu banyak simpanan dan dapat banyak dividend, kena ingat bahawa pencarum2 semua tiada pilihan kecuali mencarum. Kalau tak mencarum boleh masuk jail. Bukan sengaja nak makan dividend tu.
Quote _kelly 22-2-2023 08:32 PM
Decaffeinated replied at 22-2-2023 07:30 PM
Tak tau nak buat apa dgn duit EPF. Nak beli helikopter kang takut tergolek. Biar je lah.

astaghfirullah
Quote Lagubestbest 22-2-2023 08:34 PM
shida81 replied at 22-2-2023 05:45 PM
T20 x kuarkan duit mcm b40 n m40

tak perlu keluarkan duit sebab bila majoriti keluarkan duit hujung2 depa ramai2 akan pergi serah pada T20. Nah amek duit kami (beli kopi hipstehh). Nah amek duit kami (beli karpet). T20 kaching2 saja kiri kanan depan belakang apa semua.
Quote ina_na 22-2-2023 08:35 PM
T20 x yah ckp la..tgk je la mcm mn dia org jana income..ade kwn sekg aku..umur 40 tepat berhenti keje..tp ade stesen minyak sendiri,lps tu jual kek,kuih muih n makanan ke geng2 T20 dia.. Kita tgk rege pun nak pitam..sejak jd B100000 ni mmg kn jg kaw2 bab belanjawan.. ade kawan aku sblm ni suami dia gaji sblm ni dlm 6-7k..ni kn potong gaji ke 3-4k.. awal2 ari tu duk bersaing gan kwn T20 aku tu..pe benda ko dpt..kwn tu tetap la kayo..T20.. tgh2 meleset ni p holiday ke Paris.. abis2 kuat memekak nk krjn approve kan pengeluaran kwsp..Ari tu dah keluar suami isteri..dpt la dlm 20k lebih seorg..Kalo aku la cr tanah2 bl lps Tu bt tiny house..X yah menyewa..ni skrg dgn aku2 kn dgr mslh dia sewa rumah lg,loan kete lg,tu blm nk bayo Aircon air coco,oway

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 02:48 PM GMT+8 , Processed in 0.535859 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top