CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wee Ka Siong Bawa Telur Ke Parlimen Untuk Buat Perbandingan

22-2-2023 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1240| Komen: 10

Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini mencuri tumpuan Dewan Rakyat apabila membawa telur ayam semasa mengutarakan isu kekurangan stok telur.

Ketika mencelah pada sesi menteri-menteri menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menunjukkan tiga biji telur untuk membuat perbandingan.



FB

“Dalam konteks ini, saya bawa telur dari India, saya beli 50 sen. Ini adalah telur Malaysia (sambil menunjukkan telur tempatan) yang harganya dikawal, 35 sen dan 45 sen ini.

“Kita dapat lihat beza saiznya. Telur dari India harga 50 sen tapi lebih kecil dari telur Malaysia. Ini kekurangannya. Kalau kata telur Omega ni, telur kampung, 76 sen.

“Orang kaya, orang berada boleh beli tapi inilah puncanya nak bantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (tunjuk telur Malaysia) khususnya orang Melayu untuk jual kuih,” katanya.


Presiden MCA itu menegaskan, kerajaan perlu menyelesaikan masalah kekurangan stok telur dengan segera kerana tidak mahu kerajaan diserang pada bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti.


Ka Siong bawa telur ke Parlimen

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak 10 sen untuk sebiji telur ayam sehingga Jun depan.

Selepas tempoh tersebut, satu kajian akan dibuat sama ada kerajaan akan meneruskan subsidi berkenaan atau sebaliknya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eizarz 23-2-2023 02:04 AM
datuk ser mat sabu…takde kelas betul pangkat datuk seri ni…level mat sabu pun boleh dpt…dgn dumbangan yg tak seberapa dlm berapa bulan…
Quote oggy 23-2-2023 02:07 AM
Orang bawa isu pasal kekurangan stok telur, menteri berkenaan pulak cerita pasal subsidi harga telur. Hmmmm
Quote Highflyer19 23-2-2023 08:04 AM
Terduduk mat sabu...
Quote glump 23-2-2023 08:15 AM
Edited by glump at 23-2-2023 09:01 AM

Kekurangan stok telur..adakah subsidi yg diberikan sedikit hingga pengeluar merasa tiada keuntungan untuk produce walhal boleh produce kalau harga bagus.
Gomen pulak sanggup import dari India degan harga lebih tinggi dari Dan kos lain utk pastikan telur ada Dan di jual dengan harga premium.
Boleh ke kos import telur di beri kepada pengeluar tempatan utk produce telur yg berkualiti ?
Quote kucingitam 23-2-2023 08:42 AM
beerfungsi pula dia bila jadi pembangkang..masa jadi menteri pengangkutan ritu senyap je...lrt problem pun diam
Quote kelana36 23-2-2023 09:01 AM
dia nak promote telur telur yang di jual oleh kawan kawan dia kot...  

dari mula mula mat sabu ambil tindakan cukupkan stok telur dalam negara dia dah meroyan dah..  
Quote ally9970 23-2-2023 11:26 AM
Make sense apa yg dia cakap...
Kalau kau boleh allow telur India yg lagi kecik tu dijual pada rm0.50 sebijik, kenapa tak bagi telur tempatan yg lebih fresh, lebih besar dijual pada harga yg sama?

Sure lepas tu laju jer ayam tempatan ni bertelur...
Quote Burong_Hantuk 23-2-2023 11:36 AM
apa2 jer laaa
Quote Orix 23-2-2023 11:49 AM
eizarz replied at 23-2-2023 02:04 AM
datuk ser mat sabu…takde kelas betul pangkat datuk seri ni…level mat sabu pun boleh dpt…dgn dumba ...

majoriti dia pun besar jugak yach... dah yg mengundi pun majoriti b40 pakej sekali otak mindset b40 apa lagi nk diharapkan
Quote venom1 23-2-2023 11:52 AM
sekarang ni lambakan telur omega harga kayangan kat hyperstore

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.066839 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top