CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tunggang Motosikal Lawan Arus Maut Rempuh Hilux

22-2-2023 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 742| Komen: 2


Lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya melawan arus, dirempuh sebuah pacuan empat roda di Kilometer 32 Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu, laluan Pan Borneo, petang semalam.

Mangsa berusia 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam nahas jam 2.40 petang itu oleh Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kinarut.


Mangsa meninggal dunia selepas tercampak ke dalam parit dalam nahas di Kilometer 32 Jalan Lama Papar-Kota Kinabalu, laluan Pan Borneo, di Papar, petang tadi. - Foto PDRM

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Kamaruddin Ambo berkata, siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bersama dua penumpang itu dari Kampung Sulim, Kinarut menuju ke Kampung Langkuas, Kinarut.

Katanya, sebelum kejadian Toyota Hilux itu berada di lorong sebelah kanan sebelum secara tiba-tiba datang motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang mangsa dalam keadaan melawan arus.


"Pemandu Toyota Hilux itu menekan brek dan mengelak ke lorong kiri namun motosikal itu yang ditunggang secara melulu itu merempuh bahagian depan kenderaan berkenaan.

"Akibat rempuhan itu, mangsa dan motosikalnya tercampak ke dalam parit yang berada di tengah pembahagi jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati penunggang motosikal berkenaan dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya menuju ke Kota Kinabalu.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 22-2-2023 06:13 PM
RIP utk mu yach.



Rotten In Piss
Mampos bagus utkmu. Gegeh lawan arus. Mbik ubat
Quote likilu 22-2-2023 06:15 PM
Harap waris kena saman ganti rugi dan buat permohonan maaf terbuka

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.138861 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top